SAHABAT MADRASAH

Rabu, 04 Mei 2011

KATA-KATA GUBAHANKU

1)solat tiang agama…tanpa tiang rumah bergoyang bila ribut melanda..tanpa solat iman bergoyang bila nafsu bergelora….kuatkan iman dengan solat,tanpa solat seperti badan tanpa kepala,tanpa solat syaitan senang mengoda,tanpa solat tiada kunci syurga,tanpa solat hidup jadi sengsara,tanpa solat halal haram tak pandai nak beza,tanpa solat hidup jadi sia-sia….dirikan solat dengan sempurna sehari semalam 5 waktu


2)cinta dunia ibarat air,hati ibarat sampan..jangan biarkan air memasuki sampan kerana sampan akan karam……….. hati yang karam dalam lautan cinta dunia lebih berbahaya kerana ia akan mungkin akan mengundang padah yang berpanjangan disini dan juga disana..semoga ALLAH menjaga kita dari dinodai DUNIA yang hina ini…ameeen


3)sudahkah kita membuat prsedian utk menjawab soalan ‘ma robbuka’(siapakah tuhan mu)soalannya mudah tapi sedarkah kita ttg berapa banyakkah insan telah menemui kegagalan dlm memberi jawapan lepada penyoal bagi soalan ini iaitu mungkar dan nakir.persedian bg menjawab soalan ini bukanlah lidah tapi hati yang mempunyai keimanan yang mantap terhadap ALLAH S.W.T.semoga dapat kita membina keimanan yang sempurna kpd ALLAH.Amen



4)1,2,3,4,6,7,8,9 saat baru berlalu..adakah saat tadi akan kembali?kenapa kita biarkan berlalu tanpa kita mengubahnya menjadi nilai yang bermanfaat diakhirat kelak..setiap saat,satu degupan,satu hembusan sertailah dengan ingat ALLAH…kehebatanNya tiada tandingan,kebesaranNya tiada ukuran,ilmuNya tiada batasan…pada ALLAH kita bergantung harap,mengadu susah dan hanya padaNya kita tunduk dan patuh…


5)kenapa kita lupa akan bidadari yang menanti disyurga yang bemata jeli.kasihnya hanya pada kita,air liurnya jika diludah kelaut pasti akan manis seluruh air laut,jika sehelai rambutnya jatuh kebumi pasti akan wangi seluruh bumi ini.kita sanggup mengadai iman hanya kerna siminah seksi.bagaimana mungkin kita dapat menikmati keseronakan bersama bidadari jika pekara haram dilakukan sesuka hati??
6) apa itu kejayaan yang sebenar??kita mungkin mencarinya didunia ini ttp Allah tlh mengeluarkan kenyataan bhwa kejayaan sebenar insan adalah apabila seseorang insan itu terselamat dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga.kejayaan yg sebenar bukannya berada disini tetapi diakhirat nanti.semoga Allah merahmati kita dengan menjauhkan kita dari azabnya dan menempatkan kita disyurgaNya bersama kekasih2Nya.ameeen


7)kita datang kedunia ini bukan untuk membina kehidupan disini tetapi kita datang utk membina kehidupan akhirat.binalah syurgamu dgn amalan yang soleh.setiap subhanallah akan menumbuhkan sepohon pokok yang mana bayangnya sahaja tidak dapat direntasi oleh seekor kuda yang berlari selama 500 tahun..jangan lupa bina kehidupan disana..semoga Allah berikan kita taufik untuk mengerjakan amal soleh..amen


8)asal mu dari tanah dan akan kembali ke tanah…dijadikan dari setitis air yang hina tetapi dimuliakan kerana agama..matilah dalam ISLAM yang diredhai ALLAH s.w.t.kemuliaanmu hanyalah kerna agama.tanpa agama hidupmu kosong tidak bermakna.jangan jadikan agama mainan hidupmu.sematkan ia didadamu.fahamilah dan jadikanlah ia maksud hidupmu.


9)Adakah syaitan dilaknat Allah disebabkan minum arak,zina,membunuh dll?jawapannya sudah tentu tidak..mengingkari perintah SUJUD adalah sebab kepada terlaknatnya syaitan..perintah sujud itu hanya sekali & itu pun kepada ADAM.Cubalah kita renungkan berapa kalikah SUJUD yang telah kita tinggalkan & kpd siapakah kita diarah berSUJUD?jadi bagaimanakah laknat yg akan dierima kpd mereka yg tdk mahu bersujud?fikir-fikirkanlah




10)walaupun kita jauh dari zaman Nabi S.A.W tak semestinya kita kena menjauhkan diri dari mengamalkan sunnah nabi... sunnah bukan hanya untuk para sahabat dan salafussoleh sahaja bahkan ianya diterimapakai oleh Allah taala sehingga hari kiamat walaupun semua manusia menolak dan menghina sunnah nabi sekalipun...Allah amat mencintai sunnah nabiNya.oleh itu jika ingin Allah sayang pada kita maka marilah wahai sahabat ILoveSunnahMuhammadS.A.W. Kita amalkan sunnah nabi yang kita cintai...ayuhh






11)Insan dijadikan untuk berkhidmat(beribadat) kepada Allah dan Allah menjadikan semua makhluk untuk bekhidmat kepada insan yang menghambakan diri kepada Allah tetapi sebaliknya Allah menjadikan semua makhluk itu sebagai musuh kepada insan yang meninggalkan pengabdian diri kepada Allah dan menjadi hamba kepada makhluk ciptaanNya....selamat beribadat kepada Allah dengan penuh keikhlasan






12)Mencintai Allah dan dicintai Allah itu lebih baik dari segala-galanya kerana jika anda bercinta dan dicintai Allah maka segala-galanya adalah milik anda.Anda sayang Allah,Allah pasti akan sayang anda.






13)Untuk amalan kita sampai kepada Allah s.w.t,sesuatu amalan itu haruslah berpandukan sunnah nabi Muhammad S.A.W...amalan yang bertentangan dengan sunnah nabi sama sekali tidak akan diterima dan dinilai oleh Allah s.w.t...Jadi,usahakanlah agar diri kita ini dipenuhi dengan sunnah Nabi agar diri ini diterima Allah diakhirat nanti...insyaAllah






14)ILMU yang ada mungkin tidak mampu ditukarkan dengan AMALan jika IMAN yang sempurna terhadap kehebatan Allah tidak ada didalam hati.IMAN adalah daya kekuatan yang mampu menjana amalan yang istiqamah.Tanpa iman,sudah tentu ilmu dan amal akan jadi sia-sia dan tidak bermakna.Wahai orang yang beriman!Berimanlah kamu..


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...