SAHABAT MADRASAH

Kamis, 05 Mei 2011

TIPS PELAJAR CEMERLANG

Optimistik.
Sentiasa yakin pada ptensi diri. Tanam dan pupuk semangat ‘saya boleh’.
Jangan bersikap pesimistik.
Jangan bersikap sentiasa putus harapan dan mudah mengalah sebelum berjuang. Ini kerana belum cuba belum tahu.
Kesediaan memikul tanggungjawab.
Tanamkan kesedaran untuk memikul tanggungjawab sebagai satu amanah. Bertanggungjawab pada diri sendiri untuk berjaya dan cemerlang.
Tumpuan sepenuh hati.
Memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa sessi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Ia juga sebagai salah satu sikap menghormati guru.
Mulakan dari awal.
Membuat persediaan awal untuk menghadapi sebarang ujian atau peperiksaan. Persedian itu termasuk ulangkaji, perbincangan dengan rakan-rakan atau guru, meneliti buku-buku latihan dan meneliti soalan-soalan dan jawapan peperiksaan tahun yang lalu.
Sentiasa bersedia.
Mampu menghadapi sebarang ujian dan peperiksaan pada bila-bila masa.
Tepati waktu belajar.
Menepati waktu belajar semasa di sekolah atau di rumah.Melakukannya tanpa dipaksa oleh sesiapa.
Lengkapkan peralatan.
Menyediakan keperluan peralatan belajar yang selengkapnya seperti buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota dan sebagainya.
Dapatkan bantuan guru.
Apabila berlaku sesuatu perkara dan tidak dapat ke kelas, dapatkan bantuan rakan untuk dapatkan nota-nota pelajaran dan penerangan dari guru.
Hormati guru.
Menghormati guru dimana sahaja, bukan sahaja di dalam kelas. Guru adalah sumber ilmu dan ianya dituntut dalam Islam.
Solat.
Jangan sesekali meninggalkan solat, tunaikan solat lima waktu kerana solat merupakan perkara yang wajib dan tiang agama.
Doa’.
Sentiasalah berdoa’ dan mengharapkan pertolongan daripada ALlah SWT . ALlah yang akan memberi segala apa yang kita lakukan dan kita pohonkan.
Menjelang peperiksaan.
Persiapan mental.
Jangan memikirkan perkara-perkara lain yang boleh mengganggu fikiran dan ketenangan diri.
Jangan membuat anggapan yang peperiksaan itu susah.
Jangan terlalu memikirkan tentang masalah yang mungkin ditemui sewaktu berhadapan dengan kertas soalan peperiksaan.
Jangan memikirkan tentang kegagalan yang mungkin menimpa anda selepas peperiksaan.
Jangan membuat perbandingan kebodohan diri dengan rakan yang lain.
Perkara yang harus dilakukan.
Tumpukan sepenuhnya fikiran anda terhadap pelajaran.
Anggaplah peperiksaan itu hanyalah menguji sesuatu yang telah anda baca dan ketahui.
Anggaplah segala soalan yang terdapat di dalam kertas soalan itu adalah salan-soalan yang pernah anda jawab dalam peperiksaan-peperiksaan yang lepas.
Bayangkan kejayaan yang bakal anda perolehi serta keseronokkan yang anda kecapi bersama ayah dan ibu ketika menerima keputusan peperiksaan.
Anggaplah peperiksaan itu sebagai satu tiket untuk melangkah kemercu kejayaan.
Buanglah segala macam persoalan negetif dan segala macam masalah dalam kotak fikiran anda, tumpukan sepenuh perhatian untuk menghadapi peperiksaan.
Anggaplah diri anda sama seperti orang lain. InsyaALlah anda boleh

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...