SAHABAT MADRASAH

Sabtu, 08 Oktober 2011

Menjawab Kritikan Puak-Puak Yang Mencemuh Orang Tabligh Keluar Dakwah Tinggalkan Anak Isteri..
Telah menjadi lumrah dalam masyarakat kita sekiranya suami tinggalkan isteri untuk beberapa bulan atau beberapa tahun demi kerana kemewahan hidup menjadi perkara yang disenangi dalam masyarakat.Tidak akan ada cemuhan, cacian , kritikan samaada dari isterinya sendiri, keluarga terdekat mau pun masyarakat. Ada beberapa teman yang ke Dubai kerana berkerja, penulis mendapati lansung tidak ada bangkangan dari isteri, keluarga terdekat maupun kawan-kawan sepejabat. Malah sokongan dan galakan yang diberikan. Tinggalkan isteri dan anak-anak bukanya sebulan dua malah bertahun-bertahun.

Kalau ditanya pada isteri. “ Kalau abang ke Dubai, nanti siapa yang akan jaga anak-anak kita?”.Pasti dan pasti kita akan dapati si isteri akan menjawab sepontan,” Tentulah I yang akan jaga mereka semua, kan I ni ibu mereka”. Kalau ditanya pula pada mentua, “Siapa yang akan hantar anak-anak saya ke sekolah nanti kalau saya keluar negara?”. Juga pasti dan pasti si mentua akan berkata,” Kalau bukan atok mereka yang uruskan siapa lagi, kan mereka tu cucu abah, Jangan bimbang, abah akan uruskan semuanya.” Kalau ditanya pula pada kawan-kawan sepejabat,” Aku dapat tawaran kerja di Dubai, gaji bulanan USD 15,000.00 belum dikira elaunnya lagi, amacam?” Pastinya kita akan dapati jawapannya ,” Ini peluang keemasan, jangan kau lepaskan. Bukannya senang nak dapat tawaran macam ni.” Kalau ditanya pula pada Imam Masjid atau Ustaz tempatan. Pasti akan didapati jawapan tegas seperti berikut,”Islam menyuruh kita mencari rezeki, kalau dicatatkan rezeki kamu kat Dubai, pergi kamu jangan tak pergi, itu semua dikira ibadah. Paham kamu !.”

Sebaliknya kalau ada sesaorang yang bercadang untuk khuruj (keluar) bersama rombongan Jemaah Tabligh. Meninggalkan pekerjaan dan keluarga SEBENTAR, pasti dan pasti segala cemuhan dan kritikan akan datang dari semua gulungan. Isteri akan protes, “Kalau macam ni siapa yang akan menjaga anak-anak kita, tak kan saya nak urus semua. Abang telah abai tanggungjawab sebagai seorang suami,bang.” Kalau bagi tau pada mentua, jawapannya mungkin begini,” Hang jangan jadi gila, anak dan cucu aku sapa nak bagi makan, awat hang nak sukhuh depa semua makan pasiaq.” Kalau ditanya pandangan kawan-kawan sepejabat, mungkin jawapannya begini,” Woi ! hang nak jadi mamak cendol ke? Pakistan jual kapet ke? atau nak jadi Mat Bangla? Dah jangan dok buat perkara mengakhut.” Kalau ditanya pada Tok Imam atau Pak Ustaz pula , Mungkin jawapannya macam ini,” Mai hang dok sini, ni aku nak bagi tau hang Islam tak sukhoh buat macam ni semua. Mana nafkah zahir mana nafkah batin. Ada pun meninggalkan anak isteri sebegini adalah HARAM dalam Islam. Cuba hang pikiaq”.

Begitulah dua keadaan yang boleh kita dapati dalam masyarakat kita. Sebab apa, keluar negara untuk KERJA semuanya sokong dan beri galakan serta bersedia menanggong kesusahan dan kepayahan. Sebaliknya untuk bersama Jemaah Tabligh bukannya bertahun hanya 3 hari 40 hari atau 4 bulan akan ada cemohan, kritikkan dan bangkangan. Ini adalah kerana hala tuju kehidupan kita adalah “dananir wa darahim”. Matlamatnya adalah keduniaan semata. Ini adalah kerana untuk kerja , nampak kemewahan dunia. Sebaliknya untuk Jemaah Tabligh tak nampak kemewahan dunia. Sedangkan keluar bersama Jemaah Tabligh ini adalah satu tarbiah keagamaan untuk diri keluarga dan masyarakat. Lihat di dalam “Al Qaulul Baligh Fi Jamaahtu Tabligh” karangan Syekh Abu Bakar Jaber Al Jazairi.Juga tulisan Syeikh Ahmad Harun Al Rasyid, ulama hadith Pondok Pesantren Al Fatah, Temboro, Indonesia di dalam buku beliau “Melurus salah faham terhadap Jemaah Tabligh”, menyatakan bahawa hasil dari “Khuruj” itu akan tercapai perkara berikut :

A ) Membangkitkan perasaan khairah untuk mengamalkan agama secara sempurna dalam peribadi setiap muslim.

B ) Bagi menyedarkan diri kita bahawa dakwah adalah tanggungjawab setiap individu umat ini.

C ) Agar setiap orang Islam dapat berusaha mengujudkan kehidupan yang Islami dalam diri, keluarga dan masyarakatnya.

Ini semuat terbukti melalui kehidupan para sahabat rahum dan juga terbukti hari ini di sesetengah tempat seperti di Sri Langka yang peratus beramal dengan agama begitu tinggi dan kadar peratus solat berjemaah mencecah 100% di setiap tempat orang-orang Islam di sana. Membetulkan diri, keluarga dan masyarakat telah difatwakan oleh sesetengah ulama adalah “FARDU AIN”.

sumber : alalorstari

Senin, 03 Oktober 2011

“AMALAN MENJADI WANITA SOLEHAH”.

“AMALAN MENJADI WANITA SOLEHAH”.


Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Disini saya tuliskan serba sedikit tips atau ciri2 yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah.


Amalan-amalan itu ialah:


1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.


2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.


3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.


4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.


5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.


6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.


7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.


8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!


Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2 menjadi wanita solehah..InsyaAllah.

Sabtu, 01 Oktober 2011

Rahsia kekuatan minda

Minda Sedar & Minda Bawah Sedar


Anda memiliki dua minda iaitu minda sedar (otak belahan kiri) dan minda bawah sedar (otak belahan kanan). Minda sedar menggunakan logik untuk membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila anda berhadapan dengan berbagai pilihan atau masalah dalam kehidupan, maka minda sedar akan membuat keputusan untuk memilih atau menyelesaikan masalah tersebut, bukannya minda bawah sedar. Namun dengan latihan tertentu anda boleh mendapati bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh minda sedar boleh dipandu dan dipengaruhi oleh maklumat yang diperolehi dari minda bawah sedar.

Sekiranya anda tidak memberikan minda bawah sedar sebarang matlamat untuk dicapai atau masalah untuk diselesaikan, ia tidak akan berkerja untuk anda. Akan tetapi, sekiranya anda memberikan matlamat yang khusus atau objektif yang konkrit untuk dicapai maka ia akan berkeja bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya kepada anda.

Dalam masyarakat kita bentuk permohonan ataupun doa sudah menjdai perkara lazim dan berlaku secara automatik. Permohonan dan doa ini jarang kita cuba untuk meningkatkan efisiensi dan keberkesanannya. Kita cuma melakukan dengan cara kita sendiri dan bersifat naluriah.

Tetapi bagi mereka yang kuat menjalankan ibadah mereka mencukupkan diri dengan doa di dalam sembahyangnya. Atau mereka menjalankan sembahyang hajat atau tahajjud dengan niat yang khusus untuk sesuatu hajat. Dengan pemusatan yang baik dan khusyuk, maka nilai getaran doa akan lebih tinggi dan nilai sembahyang pun akan meningkat disebabkan oleh pemusatan/khusyuk/konsentrasi itulah sebenarnya rahsia yang utama. Apalagi menghadapkan diri kepada Allah S.W.T dengan sepenuh hati, jiwa dan rasa kesungguhan, tentulah solat anda akan menjadi lebih tajam dan mantap.


Sepertimana bongkah ais yang kelihatan timbul gagah dipermukaan laut namun sedarkah anda dibawahnya adalah lebih hebat dan besar lagi sehingga dapat menenggelamkan sebuah kapal persiaran terbesar yang dikatakan tercipta untuk tidak akan karam (unsinkable). Begitulah diumpamakan minda bawah sedar anda, malah ciptaan Allah S.W.T ini lebih hebat lagi..Subhanallah.

Petikan Oleh Ustaz Mohd Arief – Rahsia Kejayaan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...