SAHABAT MADRASAH

Rabu, 04 Mei 2011

JEMAAH TABLIGH DIMALAYSIA…MENGAPA USTAZ DAN ULAMAK TRPINGGIR?

Di Thailand dan Indonesia yang penulis pernah beberapa kali keluar di sana mendapati bahawa usaha ke atas ulama dan ustaz ini begitu diambil serius oleh syura di sana. Berlebih lagi didalam setiap kali muzakarah usul akan menekankan agar usaha ke atas ulama dan ustaz ini diutamakan disamping gulongan yang lain. Malah ianya menjadi agenda di dalam setiap mesyuarat mingguan mereka.
Umpamanya di Indonesia usaha ke atas ulama dan ustaz ini menjadi perkara utama untuk dibincangkan ketika membicarakan 28 usul (di Malaysia hanya 12 usul). Di dalam 28 usul itu empat perkara yang akhir yang dibincangkan itu lebih menekankan usaha ke atas ulama dan ustaz. Empat perkara tersebut ialah:
Empat Pola Agama Yang Harus Dijalin Dengan Baik
1. Ulama dengan pondok pesantrennya
2. Mursyid dengan thoriqahnya.
3. Penulis kitab (Musanif)
4. Penceramah ugama ,pendakwah dan mubaligh.
Tidak hairanlah kita melihat usaha agama (Jemaaah Tabligh) berkembang dengan begitu pesat di sana. Hasilnya begitu ramai ulama dan ustaz-ustaz yang terlibat dengan secara lansung dengan usaha yang mulia ini. Malah beberapa orang syura di Indonesia dan Thailand adalah terdiri dari kalangan ulama-ulama dan ustaz-ustaz.
Sedih bila melihat di tempat sendiri bila usaha ke atas ulama dan ustaz-ustaz ini tidak diutamakan.Kalau ada pun hanyalah seperti melepas batuk di tangga dan sekadar penyedab mata sahaja. Bulan Januari 2009 yang lalu Negeri Sembilan didatang robongan Ulama dan ustaz dari Seri Petaling. Alhamdulillah usaha dibuat dengan baik. Ramai ulama setempat yang dapat kami temui. Sesudah itu mereka melantik penulis sebagai penanggungjawab selama 4bulan berusaha ke atas ulama dan ustaz. Namun begitu selepas dari itu penulis menunggu kalau ada agenda ulama dan ustaz yang diperbincangkan. Namun sekali pun tidak dibincangkan sehingga kehari ini. Penulis hampir-hampir tidak pernah tertinggal menghadiri mensyuarat mingguan markaz di Seremban namun tidak sedikit pun diperbincangkan. Inilah kelemahan kita. Kekadang agenda untuk orang-orang bisu itu lebih diutamakan dan dititikberatkan berbanding usaha ke atas ulama dan ustaz-ustaz. Usaha ke atas orang yang tak boleh bercakap lebih utama dari usaha ke atas orang yang boleh bercakap atas Quran dan Hadith Nabi saw. Inilah sebenarnya apa yang berlaku.
Justru dari itu jangan kita menyalahkan ulama dan ustaz-ustaz jika mereka membenci usaha Tabligh ini. Jangan mengutuk mereka jika mereka tidak bersimpati dengan usaha ini. Bukan salah mereka tetapi yang patut disalahkan ialah kita. Apa yang telah diputuskan oleh Nizamuddin tidak kita buat dengan sepatutnya.
Pernah teman penulis mengikramkan seorang ulama setempat dan membawa beliau ke Seri Petaling. Sesampai sahaja beliau di Seri Petaling beliau begitu kagum dengan kemudahan yang ada, madrasah tahfiz dan daurah hadith yang ada. Melihat pulohan pelajar-pelajar tahfiz dan alim menyejukkan hati beliau. Suasana begitu meyebabkan beliau menyangka pembayan malam itu tentulah seorang maulana, hafiz lagi alim. Namun hampeh, yang memberi bayan adalah seorang biasa dan akhir-akhir ini beliau menjadi penulis lirik lagu. Bukannya tidak boleh orang biasa yang memberi bayan namun kesilapan ketara di dalam bayan serta di sedari oleh ustaz berkenaan. Dia hanya membaca kitab yang dibeli di kedai buku di situ sepanjang bayan di sampaikan. Pulang sahaja dari Seri Petaling beliau mengeritik usaha Tabligh ini. Salah beliaukah atau salah siapa? Inilah apabila kita tidak pandai mendahului yang mana patut di dahulukan. Sepatutnya malam markaz utamakanlah ulama-ulama di Seri Petaling yang kebanyakannya telah keluar setahun. Maksud penulis bukan semua perlu ulama dan ustaz namun keutamaan perlu diberi kepada mereka.
Pernah diwar-warkan akan diadakan Jhor (perhimpunan kecil) di markaz Seremban. Penulis dan teman sampai kerana ada bayan targhib khas dari Seri Petaling. Namun bila sampai hanyalah bayan biasa yang tak perlu dianggap sebagai bayan targhib khas. Bukan penulis nak merendahkan pemberi bayan namun program yang begitu istimewa sepatutnyalah ulama atau ustaz yang utama diketengahkan. Seramai itu kat Seri Petaling mustahil satu pun tak dapat diketengahkan atau tak ada satu pun tak berkelayakan.
Namun penulis berbangga dengan sikap saudara-saudara kita di Indonesia dan Thailand yang pandai mengikramkan ulama dan ustaz serta pandai meletakan ulama dan ustaz di tempanya. Kesan usaha mereka ke atas ulama dan ustaz di sana tempiasnya hingga ke sini.
Pada hari Jumaat yang lalu (19 Jun 2009) kami di Negeri Sembilan didatangi ulama tersohor di rantau ini yang di kenali sebagai “Al Azhar Asthani ? Azhar kedua yang juga pengarang hampir 30 buah kitab berbahasa Arab. Beliau ialah Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki yang sememang terkenal di rantau ini juga di sekitar beberapa negara Arab. Pada malam tersebut beliau menyampaikan kuliah beliau di Taman Seri Kiambang bersebelahan Taman Rose Mewah/Cempaka 2 tempat penulis tinggal. Subuh besoknya sepatutnya kuliah suboh mingguan penulis, namun penulis dan Ajk Surau bersetuju memberi ruang kepada Syeikh Nuruddin untuk memberi kuliah. Pada pagi hari Sabtu tersebut satu program khas di adakan di Pusat Dakwah Negeri Sembilan yang turut dihadiri oleh Sahibul Samaah Dato Mufti Negeri Sembilan dan juga pegawai dan kakitangan MAINS dan Jabatan Mufti N.Sembilan. Pada malam minggu pula beliau memberi kuliah di Masjid Petra Sendeng ,Ampangan yang kehadirannya begitu ramai sekali mencecah 4 ke 5 ribu orang. Ianya turut di hadiri oleh sebahagianbesar ulama dan ustaz-ustaz di Negeri Sembilan.
Hampir disetiap kuliah beliau yang beliau sampaikan 15 ke 20 minit beliau menceritakan kebaikan dan kemulian Jemaah Tabligh serta beberapa kisah-kisah pengalaman beliau dengan Jemaah Tabligh samaada di Indonesia maupun di Mesir. Beliau juga beberapa kali ‘tasykil’ hadirin untuk hadir di Ijtimak yang akan diadakan di KLIA Quarters, Nilai bulan Julai 2009 nanti. Selain itu ada juga perjumpaan dengan beberapa ulama dan ustaz-ustaz selepas solat Insya’. Sebenarnya beliau sendiri terlibat di dalam mengajak hadirin untuk program Ijtimak yang akan kita adakan nanti. Hati beliau di dalam Jemaah Tabligh miski pun beliau belum pernah keluar. Namun seluroh saudara beliau adalah orang kuat Jemaah Tabligh di Indonesia. Penulis pernah berjumpa dengan adek beliau Ustaz Sufian di Markaz Kebun Jeruk beberapa tahun yang lalu serta bergaul mesra dengannya.
Kata-kata ulama seperti beliau terlalu mahal apa lagi menceritakan kebenaran dan kemulian Jemaah Tabligh. Sekali kata-kata beliau tentang kebenaran Jemaah Tabligh ini jauh lebih baik dari ribuan kata-kata kita.Sebelum berpisah selepas bersarapan pagi bersama dengan beliau beliau berkata, ? ketemu nanti di Sepong ?. Maksud beliau Ijtimak Indonesia di Serpong, Jakarta.
Saudara-saudara semua inilah kelupaan kita untuk memuliakan gulongan ulama dan ustaz serta meletakan merekan di tempat yang sesuai dengan kedudukan mereka. Maka untuk ini “empat pilar agama yang perlu dijalin dengan baik ? perlu diperbincangkan secara serius jika kita mahu usaha agama bangun dengan pesat di negara kita.
kebanyakkan kita akan melarikan diri apabila beberapa jemaah tablig menghampiri .. mereka cuma datang untuk memberi nasihat dan ceramah taskil untuk kebaikkan diri dan jemaah .. nasihat yang membawa ke jalan kebenaran .. kebanyakkan dikalangan kita memendang rendah terutama dikalngan ibubapa dan pendidik profesional .. dengan anggapan bahawa mereka ini tak layak mentaskil menasihati mereka apatahlagi beza umur jemaah tablig menjadi ukuran … ada juga sebilangan juga ustaz kelulusan tinggi tapi tak berani nak menegur orang ramai jika berada dipadang apabila azan berkumandang .. berbeza jemaah tablig mereka akan sampikan nasihat kepada kumpulan tersebut walaupun nasihat mereka tak didengar sekurangnya usaha mereka bermula dari kecil akan membuahkan hasil …
kelak apabila roh kita hendak keluar amaka akan dinampakkan hijab seiap orang maka disitu baru akan terifkir .. alangkah baiknya jika aku mengikuti nasihat jemaah tablig agar solat di masjid .. mendengan cermah atau bayan … fikirkanlah .. siapa lagi yang diharapkan untuk mentarbiah dan menjulang syiar islam jika bukan kita umat islam umat nabi muhammad akhir zaman ..
Sumber:
http://kkcafe.net/forum/viewthread.php?thread_id=2396

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...