SAHABAT MADRASAH

Kamis, 05 Mei 2011

KISAH MENYAYAT HATI SEORANG REMAJA HINDU YANG MEMELUK ISLAM MELALUI DAKWAH JEMAAH TABLIGH


Anil kumar merupakan seorang remaja hindu.bapanya seorang yang sangat kuat berpegang kepada agama hindu.Dia lebih suka berkawan dengan rakan-rakannya yang islam lebih dari berkawan dengan rakan-rakannya yang beragama hindu.salah seorang rakan-rakannya yang beragama islam bernama azhar ali.satu hari dia singgah duduk di sebuah kedai sireh,kebetulan pada masa itu jemaah tabligh datang buat amalan ziarah.seperti kebiasaan yang dilakukan didalam amalan ziarah iaitu mengajak orang ramai kemasjid maka Anil kumar juga diajak bersama kemasjid.ajakan inilah menjadi sebab dia memeluk islam.
          Cerita panjangnya begini(Anil Kumar bercerita) ….satu petang aku(anil kumar)duduk dikedai sireh.beberapa orang yang perwatakan orang baik-baik ,memakai jubah panjang berdiri didepan aku.salah seorang dari mereka berkata’mari adik kita pergi solat.mereka tidak mengetahui yang aku seorang yang beragama hindu dan aku sendiri tidak mengetahui apa itu solat..
          didalam hatiku berbelah bahagi samaada mengingkari ajakan mereka itu atau memberitahu yang aku ini beragama hindu tetapi keikhlasan mereka dalam mengajak menyebabkan aku tanpa berfikir panjang  terus menjawab saya akan datang nanti untuk bersolat’.mungkin inilah lafaz yang menyebabkan Allah suka pada aku.Mereka pulang ke masjid,selepas itu baru aku tahu mereka itu adalah jemaah tabligh dan yang bercakap dengan aku tu dipanggil amir jemaah..
masjid dan kedai kami
aku berfikir dalam-dalam samaada pergi ke masjid atau tidak,kalau ayah dapat tahu yang aku pergi kemasjid entahlah apakah akibat yang akan aku terima.ditingkat bawah masjid banyak sekali terdapat kedai-kedai yang pemiliknya terdiri daripada orang islam dan hindu.kedai kami pun terletak ditingkat bawah masjid tetapi pintu masjid terletak disebelah bahagian yang lain yakni untuk pergi kemasjid kena pusing deretan kedai dahulu.akhirnya aku membuat keputusan akan pergi kemasjid pada pkul 8 malam nanti setelah bapa pulang kerumah.aku ke kedai.aku menunggu ayah yang akan pulang kerumah sebentar lagi.tepat waktunya ayah pun begerak pulang kerumah.
solat pertamaku
selepas itu aku menutup kedaiku perlahan-lahan.selepas menutup kedai aku mencapai cadarku dan menutup muka aku dengan cadar supaya tiada yang dapat mengenaliku.sampai dimasjid,aku melihat sesetengah dari mereka sedang besolat dan disatu sudut ada seseorang sedang membasuh muka.aku duduk dekat dengan dia dan mengikut setiap perbuatan yang dilakukannya.setelah dia selesai aku pun mengikutnya dan dia berdiri dibarisan solat dan memulakan solat.aku mengikutnya sambil memerhati setiap pegerakan yang dilakukannya.setelah selesai solat aku melihat lelaki tadi mengangkat tangan seperti memohon sesuatu.aku mendengar dia berkata ”wahai Allah!ampunkanlah segala dosa-dosaku”.dia berkata berulang-ulang kali.aku pun berkata seperti apa yang dia katakan.setelah beberapa minit dia pun berlalu pergi.aku rasa ingin mengulangi lafaz-lafaz itu kerana dengan lafaz-lafaz itu aku merasakan ketenangan yang teramat sangat.ebih kurang 60 ke 70 kali aku mengulangi lafaz-lafaz itu.aku teringatkan rumah secara tiba-tiba dan aku terus keluar dari masjid dan berjalan pantas menuju kerumah.bila sampai dirumah ayah sudah pun tidur dan ibu masih menunggu aku.melihat aku ibu dengan perasan kasih sayang seorang ibu terus bertanya”anakku Anil,kenapa hari ini kamu lewat pulang”?aku menjawab”mak,hari ini kerja sangat banyak”.selepas makan aku berbaring.
        Lafaz-lafaz tadi masih bertandang di fikiranku ”ya Allah,ampunilah dosa-dosaku”.selepas itu aku tidak tahu bila masanya aku dihanyutkan kedalam alam tidurku.aku melakukan pekara yang sama beberapa hari yakni menunaikan solat isyak.
       aku terfikir lagi yang ayah selalu datang lewat ke kedai,apakata kalau sebelum dia datang aku pergi masjid untuk solat subuh pula.oleh yang demikian satu hari bila keluar dari rumah aku terus ke masjid.seperti biasa aku membasuh muka dan tangan dan bersolat.aku bersolat subuh dengan rakaat yang sama seperti yang aku lakukan pada malam-malam sebelum ini kerana aku tidak tahu berapa rakaat solat subuh.setelah selesai solat aku terus pergi ke kedai dan sebelum kedatangan ayah ke kedai lagi semuanya telah siap dan urusniaga dijalankan.
ramai pelangan berkunjung kekedai kami
timbul pekara baru,kedai kami didatangi pengunjung yang sangat ramai.setiap masa ada saja pelangan yang datang kekedai kami.bila ayah datang kekedai dan melihat aku sibuk melayan pelangan,dia berdiri disatu sudut dan memandang aku dengan perasan kasih sayang sambil berkata”anil,kalmu buat kerja kamu dan ayah akan duduk disini.lalu aku meletakkan sireh diatas basikal ayah kau dan menghantar sireh kekedai-kedai kecil.begitulah hari demi hari berlalu.
berbicara dengan Azhar Ali
satu hari aku pergi berjumpa dengan azhar ali dirumahnya.abangnya memberitahu aku yang azhar pergi kemasjid untuk bersolat.aku duduk menunggunya.selepas 10 minit dia balik dari masjid dan dia sangat gembira melihat aku.sambil berkata nili(nama manja aku)kedatangan kamu amat mengembirakan aku.nili,alangkah baiknya kalau kamu orang islam jadi kita dapat pergi bersama ke masjid.
            mendengar kata-katanya itu hatiku menjadi berdebar-debar.aku terfikir mungkin dia telah mengetahui tentang aku yang selalu kemasjid.aku cuba mengalih topik dengan berkata”kamu selalu kemasjid ke?dia menjawab”kami pergi kemasjid menunaikan solat 5 waktu bagi mengembirakan tuhan kami”
          aku berkata”diwaktu bilakah kamu bersolat?azhar berkata”solat yang pertama ialah subuh yakni sebelum terbit matahari,solat yang kedua ialah zohor yakni diantara pukul 1 dan 2,solat yang ketiga ialah solat asar yakni pada pukul 4 dan 5,solat keempat ialah solat maghrib iaitu selepas terbenam matahari dan yang terakhir ialah isyak iaitu diantara pukul 7 dan 8 malam.
        aku bertanya”jika sekiranya tidak dapat mengerjakan solat pada waktu-waktu yang engkau sebutkan tadi apa yang perlu dibuat?dia berkata”jika tidak dpat mengerjakan solat pada waktunya maka solat itu wajib diqadha pada waktu yang lain.aku betanya lagi”apa yang kamu bacakan didalam solat?dia berkata”kami ada sebuah kitab yang diberi nama Al-Quran.apa yang dihafal dari Al-Quran kami bacakan didalam solat.aku berkata”kalau seseorang tu taktau baca apa-apa langsung,apa yang dia kena baca…
        aku pulang dari rumah Ali.Dalam perjalanan aku berkata subhanallah,subhanallah.selepas maka dirumah aku berjalan kekedai.ayah berkata”anil,cepat pulang kerumah”.aku berkata”baik”dan berjalan keluar dari rumah menuju kekedai.BERSAMBUNG

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...