Didalam al-quran,Allah s.w.t berfirman”tidak aku jadikan jin dan  manusia melainkan semata-mata beribadat kepadaKu”Ibnu katsir  menafsirkan ’beribadat dengan ’mengenaliKu’.Sesungguhnya awal  agama itu ialah mengenal Allah s.w.t.Untuk mengenal diriNya, Allah s.w.t  menyuruh kita melihat hehebatanNya melalui penciptaan makhlukNya.tidak  perlu kita sebagai manusia mengenali Allah dengan mengkaji zatNya yang  esa…apabila Allah menyuruh  begitu mengapa harus kita mengkaji tentang zatnya?
         dikatakan bahawa jika dihimpun kesemua ranting pokok didunia utk dijadikan pena ,dihimpun seluruh air   lautan utk dijadikan Dakwat dihimpunkan kesemua makhluk manusia,jin,mailaikat dll utk menulis kebesaran Allah,pasti nescaya akan habis patah kesemua pena yang  dijadikan dari semua pokok dan akan habis kering air lautan dan  keletihan semua makhluk kerana menulis tetapi kebesaran Allah  tidak akan habis ditulis dan dikatakan disitu baru  bermulanya muqaddimah ttg kebesaran Allah 
              Lihatlah kehebatan ALLAH melalui makhlukNYA.tak payah  tengok jauh,diri sendiri pun makhluk ALLAH juga.lihatlah diri  sendiri pasti akan nampak kehebatan ALLAH.lihat dari  hujung rambut sampai hujung kaki terdapat ratusan ribu kehebatan ALLAH dapat dizahirkan.
          tengok aje mata kita ni,menurut kajian sains ribuan kamera dipasang pada mata kita ini oleh ALLAH yang  maha hebat.jutaan sel-sel  mata bergabung membentuk satu kekuatan untuk melihat dan  menyimpan apa saja yang dilihat oleh kita.itu belum  difikirkan ttg otak,telinga,hati jantung,paru-paru dll….betapa hebatnya  ciptaan ALLAH yang maha kuasa….
          dalam al-quran ALLAH S.W.T menyuruh  kita memerhatikan makhluknya seperti didalam ayat al-quran yang  terjemahannya berbunyi ”mengapa kamu tidak melihat kepada unta bagaimana ia  dijadikan?”apabila melihat bagaimana unta dijadikan  pasti kita tidak dapat menafikan kehebatan ALLAH SWT.unta yang  dijadikan ALLAH utk berkhidmat kepada manusia dijadikan  sebagai haiwan yang sangat lasak utk berkhidmat pada manusia.ia boleh  bertahan selama beberapa hari tanpa perlu minum air kerana dijadikan  ALLAH ia mempunyai tangki dibahagian atasnya.hanya minum sekali air  disimpan utk beberapa hari.ajaib kejadian unta yang dijadikan ALLAH.
          Tidak cukup setakat itu sahaja ALLAH S.W.T mahu  membuktikan kehebatannya lagi dengan menyuruh manusia melihat pula kearah langit yang  luas nun diatas sana.langit yang tinggi yang tak  mampu digapai oleh manusia membuktikan lagi kehebatan ALLAH yang  tiada tandingannya.langit yang  luas berdiri tanpa sebarang tiang sedangkan lemahnya manusia nak buat pondok kecil pun  kena pakai tiang.warna lagit yang biru tak pernah pun  pudar sedangkan bukan baru kejadian langit tu…beberapa juta  tahun ntah la…rumah kita baru dua tahun disapu cat  nak kena sapu balik sekali lagi.
        langit kat atas tu pulak dengar kata bukan satu tapi ada 7  lapis lagi.kalau kita lihat bumi kita ni pun dah cukup besar..pulau  pinang pun belum habis pusing lepas tu,malaysia lagi luas dari pulau  pinang ni..erm,kalau tengok dalam peta dunia,malaysia yang kita  cintai ini kecil je..dunia ni lagi besar..tapi itu pun  kalau diukur dengan matahari,matahai 13 juta kali ganda lebih besar  dari bumi ni.untuk pengetahuan pembaca sekalian..matahari adalah  sejenis bintang dan ia merupakan bintang yang  terkecil sekali diantara jutaan bintang yang lain.cuba cubalah kita  bayangkan betapa luasnya langit ALLAH yang  tergantung bersamanya jutaan bintang yang besar..itu baru langit yang  pertama..dikatakan langit pertama itu  jika nak dibandingkan dengan langit yang kedua adalah  seperti bola(langit pertama)yang diletakkan ditengah padang pasir(langit  kedua)yang sangat luas..begitulah seterusnya jika dibandingkan langit  yang kedua dan langit yang ketiga ianya seperti sebiji bola yang  diletakkan ditengah padang pasir.beitulah seterusnya dan  diatas kesemua langit langit ini terdapat kursy dan arash ALLAH yang  maha hebat…..
        kalau dah tak larat nak panggung kepala tengok langit kat  atas tu,tunduk bawah pula tengok bumi yang Allah ciptakan ni.bumi yang  dijadikan Allah utk dihuni oleh manusia... bersambung
Tidak ada komentar:
Posting Komentar