SAHABAT MADRASAH

Selasa, 22 November 2011

Ciri-ciri Orang Cemerlang

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap manusia mempunyai cita-cita untuk berjaya dan cemerlang dalam kehidupan. Berjaya atau gagal untuk mencapai hasrat tersebut bergantung sejauh mana usaha dan perancangan yang teliti dan berterusan yang telah dilaksanakan.

Kalian juga pasti memiliki hasrat untuk berjaya, samaada berjaya dalam pelajaran, kerjaya atau perniagaan. Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna, agama progresif dan dinamik yang amat menggalakkan agar umatnya berjaya di dalam kehidupan di dunia dan di Akhirat.

Sebelum kalian memburu kejayaan yang dicita-citakan perkara penting yang perlu diperhatikan adalah membina dahulu cemerlang dalam akhlak dan keperibadian dan perhubungan sesama manusia. Kalian perlulah berusaha dan memenuhi syarat ini terlebih dahulu, barulah ia akan jadi pelengkap kepada kejayaan kalian.

Apakah ciri-ciri kejayaan yang di pelupori oleh pejuang dan cendikiawan Islam yang telah berjaya memberi sumbangan yang besar ke atas kehidupan manusia? Bolehlah kita mengambil contoh kejayaan tokoh-tokoh Islam terdahulu dari sudut personaliti,keluarga, kerjaya, agama, ketamadunan, politik dan ekonomi.

Sahabat yang dimuliakan,
Kejayaan mereka menguasai ilmu dan mempraktikan ilmu yang dimiliki, telah terbukti dalam sejarah Islam, ianya telah mencipta sejarah kecemerlangan hingga di guna pakai sehingga ke hari ini. Tokoh-tokoh yang telah berjaya ini mempunyai sifat cemerlang yang tiada tolak bandingnya. Terdapat beberapa ciri penting sifat kecemerlangan mereka ialah :

1.Niat yang Betul.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “ Setiap amalan adalah dengan niat.”(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Sayyidina Umar al-Khattab)

Oleh itu kalian harus sentiasa memasang dan membetulkan niat sebelum memulakan apa jua pekerjaan, samaada yang berbentuk ibadah atau pun amal kebiasaan. Niat ini adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

2.Ada Wawasan dan Matlamat.
Kalian perlulah meletakkan wawasan dan matlamat dalam hidup. Matlamat bersih dan jalan untuk mencapai matlamat tersebut juga mesti bersih. Kalian tidak boleh menggunakan kaedah, ‘Matlamat boleh menghalalkan cara’. Kalian terikat dengan peraturan dan hukum Islam. Matlamat dunia kalian mestilah berkaitan dengan kehidupan di akhirat.

3.Berani dan Sanggup Berkorban.
Tokoh-tokoh Islam terdahulu sanggup untuk bersusah payah menuntut ilmu bermusafir beribu-ribu batu untuk berguru dengan guru-guru mursyid. Sultan Sallehudin al-Ayubi berjuang berkali-kali baru dapat mengalahkan tentera Salib dan menawan semula Palestin dan Sultan Muhammad al-Fateh pula berjaya menawan Kota Istanbul setelah mencuba beberapa kali. Khalid al-Walid mengharungi 100 peperangan dan membunuh lebih 5000 orang musuh dalam perang Yarmuk.

4.Sentiasa Menambah Ilmu.
Bagaimana tokoh terdahulu menguasai ilmu pengetahuan? Imam Bukhari dan Imam Muslim menguasai ratusan ribu hadis disertai dengan menghafal perawi-perawinya. Bagaimana Imam Ahmad bin Hambal memberi fatwa kepada 60,000 masaalah dengan disertai dalil.

5.Memberi Tumpuan (fokus).
Kalian hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang sedang dilakukan.Kuasa tumpuan (fokus) mampu menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Contohnya lihat sahaja Jabir bin Abdullah sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari sepotong hadis.

6.Daya Tahan yang Tinggi.
Untuk berjaya perlu bekerja dengan lebih keras dan komited. Jangan cepat menyerah kalah. Gunakan masa hingga ke tahap maksima dan hendaklah sentiasa istiqamah dan berterusan.

7.Memiliki Sifat-sifat Mahmudah.
Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, perkara yang paling penting kalian hendaklah mendidik dan memperbaiki diri kalian hingga ketahap memiliki sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat warak, sabar, amanah, jujur, ikhlas dan syukur pada masa yang sama membuangkan sifat-sifat mazmumah iaitu sifat suka marah, hasad dengki, ujub, riak, sombong dan takabur. Tanpa adanya sifat-sifat yang mulia ini tidak mungkin kalian akan mampu menjadi cemerlang, ini adalah kerana sifat-sifat yang keji atau mazmumah adalah sifat negatif yang akan mendorong kepada kegagalan dan kekecewaan.

Akhir kata jadikanlah diri kalian insan cemerlang di dunia ini dengan mendapat kejayaan dalam kerjaya dan perjuangan hidup dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Dan juga menjadi insan cemerlang di hari Akhirat dengan dikurniakan-Nya balasan Syurga dan di jauhi dari siksaan Neraka.

Minggu, 20 November 2011

AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Dia-lah yang mencipta Arasy, langit dan bumi, Dia-lah jua Pencipta tempat, wujud-Nya tanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.

1. Apa itu aqidah dan kaitannya dengan amalan kita ?
Aqidah membawa arti pegangan dan kepercayaan seseorang. Pegangan dan kepercayaan ini pula terbahagi kepada dua yaitu benar atau salah. Aqidah yang benar merupakan kunci kepada segala penerimaan ibadah. Tanpa aqidah yang benar Allah tidak akan menerima segala amalan salih. Sekiranya aqidah seseorang itu salah maka yang akan dicatat hanyalah amalan keburukan maka akan hanya dibalas dengan keburukan. Justru itu, perkara yang berkaitan dengan aqidah tidak harus dijadikan gurauan atau diremeh-remehkan. Hubungan aqidah dan amalan salih ini berdalilkan firman Allah yang bermaksud:
Dan barangsiapa melakukan amalan salih dari kalangan lelaki ataupun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit. (Al-Nisa’ ayat 124)
Ayat tersebut jelas menerangkan bahwa apa sahaja amalan salih yang dilakukan seorang lelaki maupun perempuan, imanlah syarat utama penerimaannya dari Allah. Begitu juga kenyataan dari hadith Nabi yang bermaksud:
Semulia-mulia amalan adalan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya (beraqidah dengan aqidah yang betul). (Sahih Al-Bukhari)
Ini menandakan bahawa aqidah merupakan sesuatu yang teramat penting dan perlu diutamakan dari masalah-masalah yang lain.
2. Apakah aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah ?
Pertamanya perlu diketahui bahawa kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Qur’an, al-Hadith serta ijma’ ulama. Aqidah Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta’ala sendiri di dalam al- Qur’an dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadith Baginda tanpa mereka menyandarkan sifat tasybih atau tajsim bagi Allah, mereka juga menafikan danmenolak bagi Allah itu bersifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ‘Arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhluk-Nya. Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam Surah Al-Syura ayat 11 yang bermaksud:
Tiada sesuatupun yang menyerupai-Nya.
Aqidah Ahli Sunnah juga mepercayai bahawa Wujud-Nya Allah tanpa diliputi tempat berdalilkan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:
Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatu pun selain Allah itu azali. (Sahih Al- Bukhari)
Hadith Nabi tersebut menunjukkan bahawa Allah sahaja yang wujudnya azali manakala tempat, ‘Arasy, langit, dan selainnya bukan azali.
Perkara tersebut wajib diimani berdasarkan juga Ijma’ para ulama yang telah pun dinukilkan oleh Imam ‘Abd al-Qahir bin Tahir al-Baghdadiyy dalam kitab al-Farq Bayna al-Firaq halaman 333 cetakan Dar al-Ma’rifah jelas menunjukkan kewujudan Allah bukanlah berada di atas „arasy, akan tetapi Allah wujud tanpa diliputi oleh tempat:
Dan telah disepakati dan di-ijma’-kan bahawa Allah tidak diliputi tempat.
3. Siapakah Ahli Sunnah Wal Jama’ah ?
Pada dasarnya, Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah mereka yang berpegang dengan aqidah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW secara fahaman yang betul dan tidak berpegang kepada zahir nas al-Mutasyabihat. Kelompok ulama yang membawa ilmu aqidah Al-Asya’irah merupakan ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah pada zaman kini separti Imam Nawawi, Imam Ibnu Hajar al-Asqolaniyy dan puluhan ribu lagi ulama Islam yang menyebarkan ilmu tauhid Al-Asya’irah. Begitu juga Al-Maturidiyyah merupakan Ahli Sunnah Wal Jama’ah zaman kini separti pengikut mazhab Imam Abu Hanifah. Rujuk Ithaf as-Saadah al-Muttaqin Bi Syrhi Ehya ‘Ulumiddin oleh Imam Az-Zabidy.
4. Apa itu ulama As-Salaf & Apa aqidah mereka ?
Ulama As-Salaf pada dasarnya merupakan ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan mereka adalah ulama yang pernah melalui kehidupannya pada era 300 Hijriyyah pertama. Kesemua ulama Salaf berpegang dengan aqidah bahawa:
Allah adalah Tuhan sekalian alam yang mencipta setiap sesuatu, wujud-Nya tanpa permulaan dan tanpa pengakhiran, Maha Suci Allah dari dilingkungi dan diliputi oleh tempat, bahkan wujud-Nya tanpa berada di sesuatu tempat, bukan di langit wujud-Nya bukan di bumi pula tempat-Nya. Allahlah Pencipta ‘Arasy, diciptakannya untuk menunjukkan kekuasaan-Nya, bukan pula ianya dijadikan tempat bagi zat Allah. Karena Dia Pencipta tempat maka Dia tidak memerlukan tempat.
5. Buktikan bahawa aqidah ulama As-Salaf adalah “Allah Wujud TanpaBertempat” ?
Di sini akan dibawa sebahagian saja kenyataan dari para ulama As-Salaf termasuk para sahabat Nabi sebagai bukti menunjukkan bahawa aqidah ulama Salaf antaranya adalah Allah wujud tanpa tempat:
A. Seorang sahabat Nabi yang terkenal dengan keilmuan beliau pernah dipuji oleh Rasulullah yaitu Imam Sayyidina ‘Ali karramallahu wajhah wafat pada 40 Hijriyyah pernah berkata yang bermakna:
Sesungguhnya Allah telah wujud tanpa tempat, maka Dia sekarang tetap sedia wujud tanpa tempat.
Kenyataan tersebut dinyatakan dalam kitab karangan Imam Abu Mansur al-Baghdadiyy dalam kitab beliau yang masyhur al-Farq Bayna al-Firaq pada halaman 256 cetakan Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah. Ini memberi arti bahawa di antara aqidah para sahabat serta ulama Salaf adalah „Allah wujud tanpa bertempat‟ iaitu tidak dilingkungi oleh sesuatu tempat mahupun semua tempat. Dalam halaman kitab yang sama juga dinukilkan kenyataan Imam ‘Ali yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah mencipta ‘Arasy adalah untuk menzahirkan kekuasaan-Nya dan bukanlah untuk dijadikan tempat bagi zat-Nya.
B. Imam al-Syafi’iyy rahimahullah yang wafat pada 204 Hijriyyah pernah berkata:
Dalil bahawa Allah wujud tanpa tempat adalah Allah Ta’ala telah wujud dan tempat pula belum wujud, kemudian Allah mencipta tempat dan Allah tetap pada sifat-Nya yang azali sebelum terciptanya tempat, maka tidak harus berlaku perubahan pada zat-Nya dan begitu juga tiada pertukaran pada sifat-Nya.
Kenyataan Imam al-Syafi’iyy tadi dinyatakan oleh Imam al-Hafiz Murtadha az-Zabidyy di dalam kitab beliau berjudul Ithaf al-Sadah al-Muttaqin juzuk kedua, mukasurat 36 Dar al-Kutub al ‘Ilmiyyah.
C. Imam yang terkenal dengan karangan kitab aqidah beliau berjudul ‘Aqidah al- Tahawiyyah bernama Imam al-Hafiz Ahmad bin Salamah Abu Ja’far al-Tahawiyy wafat pada 321 Hijriyyah (merupakan ulama Salaf) telah menyatakan dalam kitab beliau tersebut pada halaman 15, cetakan Dar al-Yaqin yang bermaksud:
Allah tidak berada (tidak diliputi) pada enam penjuru (atas, bawah, kanan, kiri, depan,
belakang) separti sekalian makhluk.
6. Apakah pegangan ulama As-Salaf pada ayat dan hadith Al-Mutasyabihat pula ?
Pegangan ulama Salaf pada ayat & hadith al-Mutasyabihat mengenai sifat Allah Ta’ala adalah didapati kebanyakan ulama As-Salaf memilih jalan tidak mentakwilkan secara tafsiliyy (terperinci) ayat tersebut akan tetapi ditakwil secara ijmaliyy (menafikan makna zahirnya) dan diserahkan makna sebenar kepada Yang Maha Mengetahui tanpa berpegang dengan zahirnya, tanpa menyandarkan sifat tasybih, tajsim dan bertempat bagi zat Allah. Akan tetapi wujud di kalangan ulama Salaf yang mentakwilkan secara tafsiliyy ayat Al- Mutasyabihat separti Imam al-Bukhari di dalam kitab beliau Sahih Al-Bukhari mentakwilkan firman Allah di dalam Surah Al-Qasas ayat 88:
Wajah-Nya berarti kerajaan-Nya.
7. Bagaimana pula ulama Al-Khalaf, siapakah mereka dan apa pegangan mereka ?
Ulama Khalaf juga adalah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan mereka dikategorikan sebagai ulama yang hidup selepas 300 Hijriyyah pertama. Aqidah ulama Khalaf juga tidak terkeluar dari landasan al-Qur’an dan al-Hadith serta ijma’ ulama. Aqidah ulama Khalaf tidak sama sekali berlawanan dengan aqidah ulama Salaf, bahkan akidah ulama Salaf itu adalah aqidah ulama Khalaf, begitu jua sebaliknya. Cuma pada segi penerangan mengenai perkara yang berkaitan dengan sifat Allah dan sandaran kepada Allah, ulama Khalaf telah memilih cara penerangan yang lebih terperinci bagi mengelakkan anggapan yang bersifat tasybih atau tajsim pada sifat Allah. Contohnya ramai di kalangan ulama Khalaf mentakwilkan secara tafsiliyy (terperinci) sifat-sifat Allah yang tertentu kepada makna yang selari dengan bahasa Arab dan layak bagi Allah serta mudah difahami oleh orang awam dan penuntut ilmu bertujuan menjauhkan anggapan yang tidak benar pada sifat Allah. Namun ada juga di kalangan ulama Khalaf yang tidak mentakwilkan secara terperinci.
8. Apakah bukti bahawa ulama Al-Khalaf beraqidah “Allah Wujud Tanp Bertempat” ?
Di sini akan disebut sebahagian sahaja kenyataan para ulama Khalaf bahawa Allah wujud tanpa memerlukan tempat :
a. Al-Hafiz Ibn Jawziyy al-Hanbaliyy rahimahullah wafat pada 597 Hijriyyah telah menyatakan di dalam kitab karangan beliau berjudul Daf’ Syubhah al-Tasybih mukasurat 189, cetakan Dar Imam al-Nawawiyy :
Sesungguhnya telah sahih di sisi ulama Islam bahawa Allah Ta’ala tidak diliputi oleh langit, bumi dan tidak berada di setiap tempat.
b. Imam Hujjah al-Islam Abu Hamid al-Ghazaliyy yang wafat pada 505 Hijriyyah menyatakan dalam kitab beliau yang masyhur berjudul Ihya ‘Ulum al-Din :
Dan Allah juga tidak diliputi oleh tempat dan Allah tidak diliputi arah enam dan Allah tidak pula dilingkungi oleh langit dan bumi.
Rujuk kitab Ithaf al-Sadah al-Muttaqin Fi Syarh Ihya ‘Ulum al-Din, juzuk 2, mukasurat 36, cetakan Dar al-Kutub ‘Ilmiyyah, Beirut. Maka ini bermakna antara aqidah ulama Khalaf adalah Allah wujud tanpa tempat.
9. Apa sebenarnya definisi Ta’wil ?
Ta’wil berarti menjauhkan makna dari segi zahirnya kepada makna yang lebih layak bagi Allah, ini karana zahir makna nas al-Mutasyabihat tersebut mempunyai unsur jelas persamaan Allah dengan makhluk. Ta’wilan pula ada dua,
PertamaTa’wilan Ijmaliyy iaitu ta’wilan yang dilakukan secara umum dengan menafikan makna zahir nas al-Mutasyabihat tanpa diperincikan maknanya sebagai contoh perkataan istawa dikatakan istawa yang layak bagi Allah dan waktu yang sama dinafikan zahir makna istawa karena zahirnya berarti duduk dan bertempat, Allah maha suci dari
bersifat duduk dan bertempat.
Manakala Kedua adalah: Ta’wilan Tafsiliyy iaitu ta’wilan yang menafikan makna zahir nas tersebut kemudian meletakkan makna yang layak bagi Allah separti istawa bagi Allah berarti Maha Berkuasa karena Allah sendiri sifatkan dirinya sebagai Maha Berkuasa.
10. Benarkah ulama As-Salaf tidak melakukan ta’wilan langsung ?
Demikian adalah tanggapan yang tidak langsung berunsurkan pengkajian yang sebenar karena dari pentakwilan Imam al-Bukhari pada surah Al-Qosos ayat 88 dan takwilan beliau dalam Sahih al-Bukhari juga pada ayat 56, Surah Hud jelas menunjukkan beliau sebagai ulama Salaf telah mentakwilkan ayat al-Mutasyabihat mengenai sifat Allah.
Imam Ibn Hajar al-’Asqalaniyy di dalam Fath al-Bariyy Syarh Sahih al-Bukhari Pada menyatakan hadith al-dhahik (ketawa) berkata:
Al-Bukhari telah mentakwilkan hadith al-dhahik (ketawa) dengan arti rahmat dan redha.
Begitu juga Imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan ulama Salaf telah mentakwilkan ayat 22, Surah al-Fajr separti yang diriwayatkan secara bersanad yang sahih oleh Imam Bayhaqi dalam kitab Manaqib Ahmad dari Imam Ahmad mengenai firman Allah:
Dan telah datang Tuhanmu
Ditakwilkan oleh Imam Ahmad dengan : Telah datang kekuasaan Tuhanmu.
Antara ulama As-Salaf yang mentakwilkan secara tafsiliyy iaitu terperinci pada ayat 5 dalam Surah Taha adalah Imam Salaf Abu ‘Abd al-Rahman ‘Abd Allah bin Yahya bin al- Mubarak wafat 237 Hijriyyah dalam kitab Gharib al-Qur’an Wa Tafsiruhu halaman 113, cetakan Mu’assasah al-Risalah, Beirut. Firman Allah:
Al-Rahman di atas ‘Arasy ber-istawa
istawa di sini artinya menguasai. Maka natijahnya bahawa kedua-dua jalan pilihan ulama Salaf dan Khalaf adalah benar
dan tidak menyimpang karena kedua-duanya mentakwilkan cuma bedanyakebanyakan Salaf mentakwil secara ijmali dan kebanyakan Khalaf pula mentakwil secara tafsili.

Selasa, 15 November 2011

Hargailah Isteri Anda....

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah para suami yang tidak
tahu menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah seburuk mana isteri anda,
sayangilah mereka, didiklah mereka..

Alangkah beruntungnya seorang wanita yang ada rahim kerana dia bekerja untuk Allah swt .. jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi
cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari , Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..Dan bagi Si suami
janganlah berebut dengan anak untuk menyusu pulak… Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu... layanlah suami..."offer" lah pada suami , Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat dee kkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang....sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah...
ganjaran Alah ke atasnya jua...

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi
pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi
di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung
ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain .. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah
rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Sabtu, 08 Oktober 2011

Menjawab Kritikan Puak-Puak Yang Mencemuh Orang Tabligh Keluar Dakwah Tinggalkan Anak Isteri..
Telah menjadi lumrah dalam masyarakat kita sekiranya suami tinggalkan isteri untuk beberapa bulan atau beberapa tahun demi kerana kemewahan hidup menjadi perkara yang disenangi dalam masyarakat.Tidak akan ada cemuhan, cacian , kritikan samaada dari isterinya sendiri, keluarga terdekat mau pun masyarakat. Ada beberapa teman yang ke Dubai kerana berkerja, penulis mendapati lansung tidak ada bangkangan dari isteri, keluarga terdekat maupun kawan-kawan sepejabat. Malah sokongan dan galakan yang diberikan. Tinggalkan isteri dan anak-anak bukanya sebulan dua malah bertahun-bertahun.

Kalau ditanya pada isteri. “ Kalau abang ke Dubai, nanti siapa yang akan jaga anak-anak kita?”.Pasti dan pasti kita akan dapati si isteri akan menjawab sepontan,” Tentulah I yang akan jaga mereka semua, kan I ni ibu mereka”. Kalau ditanya pula pada mentua, “Siapa yang akan hantar anak-anak saya ke sekolah nanti kalau saya keluar negara?”. Juga pasti dan pasti si mentua akan berkata,” Kalau bukan atok mereka yang uruskan siapa lagi, kan mereka tu cucu abah, Jangan bimbang, abah akan uruskan semuanya.” Kalau ditanya pula pada kawan-kawan sepejabat,” Aku dapat tawaran kerja di Dubai, gaji bulanan USD 15,000.00 belum dikira elaunnya lagi, amacam?” Pastinya kita akan dapati jawapannya ,” Ini peluang keemasan, jangan kau lepaskan. Bukannya senang nak dapat tawaran macam ni.” Kalau ditanya pula pada Imam Masjid atau Ustaz tempatan. Pasti akan didapati jawapan tegas seperti berikut,”Islam menyuruh kita mencari rezeki, kalau dicatatkan rezeki kamu kat Dubai, pergi kamu jangan tak pergi, itu semua dikira ibadah. Paham kamu !.”

Sebaliknya kalau ada sesaorang yang bercadang untuk khuruj (keluar) bersama rombongan Jemaah Tabligh. Meninggalkan pekerjaan dan keluarga SEBENTAR, pasti dan pasti segala cemuhan dan kritikan akan datang dari semua gulungan. Isteri akan protes, “Kalau macam ni siapa yang akan menjaga anak-anak kita, tak kan saya nak urus semua. Abang telah abai tanggungjawab sebagai seorang suami,bang.” Kalau bagi tau pada mentua, jawapannya mungkin begini,” Hang jangan jadi gila, anak dan cucu aku sapa nak bagi makan, awat hang nak sukhuh depa semua makan pasiaq.” Kalau ditanya pandangan kawan-kawan sepejabat, mungkin jawapannya begini,” Woi ! hang nak jadi mamak cendol ke? Pakistan jual kapet ke? atau nak jadi Mat Bangla? Dah jangan dok buat perkara mengakhut.” Kalau ditanya pada Tok Imam atau Pak Ustaz pula , Mungkin jawapannya macam ini,” Mai hang dok sini, ni aku nak bagi tau hang Islam tak sukhoh buat macam ni semua. Mana nafkah zahir mana nafkah batin. Ada pun meninggalkan anak isteri sebegini adalah HARAM dalam Islam. Cuba hang pikiaq”.

Begitulah dua keadaan yang boleh kita dapati dalam masyarakat kita. Sebab apa, keluar negara untuk KERJA semuanya sokong dan beri galakan serta bersedia menanggong kesusahan dan kepayahan. Sebaliknya untuk bersama Jemaah Tabligh bukannya bertahun hanya 3 hari 40 hari atau 4 bulan akan ada cemohan, kritikkan dan bangkangan. Ini adalah kerana hala tuju kehidupan kita adalah “dananir wa darahim”. Matlamatnya adalah keduniaan semata. Ini adalah kerana untuk kerja , nampak kemewahan dunia. Sebaliknya untuk Jemaah Tabligh tak nampak kemewahan dunia. Sedangkan keluar bersama Jemaah Tabligh ini adalah satu tarbiah keagamaan untuk diri keluarga dan masyarakat. Lihat di dalam “Al Qaulul Baligh Fi Jamaahtu Tabligh” karangan Syekh Abu Bakar Jaber Al Jazairi.Juga tulisan Syeikh Ahmad Harun Al Rasyid, ulama hadith Pondok Pesantren Al Fatah, Temboro, Indonesia di dalam buku beliau “Melurus salah faham terhadap Jemaah Tabligh”, menyatakan bahawa hasil dari “Khuruj” itu akan tercapai perkara berikut :

A ) Membangkitkan perasaan khairah untuk mengamalkan agama secara sempurna dalam peribadi setiap muslim.

B ) Bagi menyedarkan diri kita bahawa dakwah adalah tanggungjawab setiap individu umat ini.

C ) Agar setiap orang Islam dapat berusaha mengujudkan kehidupan yang Islami dalam diri, keluarga dan masyarakatnya.

Ini semuat terbukti melalui kehidupan para sahabat rahum dan juga terbukti hari ini di sesetengah tempat seperti di Sri Langka yang peratus beramal dengan agama begitu tinggi dan kadar peratus solat berjemaah mencecah 100% di setiap tempat orang-orang Islam di sana. Membetulkan diri, keluarga dan masyarakat telah difatwakan oleh sesetengah ulama adalah “FARDU AIN”.

sumber : alalorstari

Senin, 03 Oktober 2011

“AMALAN MENJADI WANITA SOLEHAH”.

“AMALAN MENJADI WANITA SOLEHAH”.


Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Disini saya tuliskan serba sedikit tips atau ciri2 yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah.


Amalan-amalan itu ialah:


1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.


2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.


3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.


4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.


5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.


6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.


7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.


8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!


Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2 menjadi wanita solehah..InsyaAllah.

Sabtu, 01 Oktober 2011

Rahsia kekuatan minda

Minda Sedar & Minda Bawah Sedar


Anda memiliki dua minda iaitu minda sedar (otak belahan kiri) dan minda bawah sedar (otak belahan kanan). Minda sedar menggunakan logik untuk membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila anda berhadapan dengan berbagai pilihan atau masalah dalam kehidupan, maka minda sedar akan membuat keputusan untuk memilih atau menyelesaikan masalah tersebut, bukannya minda bawah sedar. Namun dengan latihan tertentu anda boleh mendapati bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh minda sedar boleh dipandu dan dipengaruhi oleh maklumat yang diperolehi dari minda bawah sedar.

Sekiranya anda tidak memberikan minda bawah sedar sebarang matlamat untuk dicapai atau masalah untuk diselesaikan, ia tidak akan berkerja untuk anda. Akan tetapi, sekiranya anda memberikan matlamat yang khusus atau objektif yang konkrit untuk dicapai maka ia akan berkeja bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya kepada anda.

Dalam masyarakat kita bentuk permohonan ataupun doa sudah menjdai perkara lazim dan berlaku secara automatik. Permohonan dan doa ini jarang kita cuba untuk meningkatkan efisiensi dan keberkesanannya. Kita cuma melakukan dengan cara kita sendiri dan bersifat naluriah.

Tetapi bagi mereka yang kuat menjalankan ibadah mereka mencukupkan diri dengan doa di dalam sembahyangnya. Atau mereka menjalankan sembahyang hajat atau tahajjud dengan niat yang khusus untuk sesuatu hajat. Dengan pemusatan yang baik dan khusyuk, maka nilai getaran doa akan lebih tinggi dan nilai sembahyang pun akan meningkat disebabkan oleh pemusatan/khusyuk/konsentrasi itulah sebenarnya rahsia yang utama. Apalagi menghadapkan diri kepada Allah S.W.T dengan sepenuh hati, jiwa dan rasa kesungguhan, tentulah solat anda akan menjadi lebih tajam dan mantap.


Sepertimana bongkah ais yang kelihatan timbul gagah dipermukaan laut namun sedarkah anda dibawahnya adalah lebih hebat dan besar lagi sehingga dapat menenggelamkan sebuah kapal persiaran terbesar yang dikatakan tercipta untuk tidak akan karam (unsinkable). Begitulah diumpamakan minda bawah sedar anda, malah ciptaan Allah S.W.T ini lebih hebat lagi..Subhanallah.

Petikan Oleh Ustaz Mohd Arief – Rahsia Kejayaan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...