SAHABAT MADRASAH

Sabtu, 17 Desember 2011

Tarbiyah Hati

 Hati perlu ditarbiyah atau dididik bersungguh-sungguh supayamenjadi hati yang hidup,hati yang sentiasa ada hubungan denganAllah SWT,hati yang yakin bahawa kita akan bertemu Allah,hati yang yakin bahawa Allah akanmengira segala amalannya,hati yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah danhati yang takut akan azab Allah SWT.Bermula dari hati….Maka Allah akan merubah keadaanhal sesuatu kaum itu apabila mereka merubah apa yang ada dalam hati mereka.

“carilah hatimu sewaktu membaca al-Qur’an, jika kamu tidak temui, maka carilah hatimu ketika mengerjakan solat…seandainya tidak temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, jika tetap gagal menemuinya…berdoalah kepada ALLAH, pintalah hati yang baru…”

“ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (surah ar-Ra’du:28)



lalu ingatlah; hati yang lapang dan tenang bertitik tolak daripada saratnya muatan IMAN

Hati Menjadi Mati :
Syaqiq Al-Balkhy berkata : Ibrahim bin Adham R.A ketika sedang berjalan di Pasar Basrah dia dikerumuni orang ramai dan bertanya kepadanya.

“Hai Abu Ishaq, Allah telah berfirman : “Mintalah kamu sekalian kepadaku nescaya akan Aku kabulkan”. Tetapi kami sejak setahun berdoa masih lagi belum dikabulkan”.

Kata Ibrahim : “Hai Ahli Basrah, hati kamu sekalian telah mati dan tertutup oleh sepuluh perkara. Bagaimana doa kamu boleh dimakbulkan?
  1. Kamu sekalian telah mengetahui tentang ALLAH tetapi kamu belum menunaikan HakNya.
  2. Kamu sekalian membaca Al-Quran tetapi kamu tidak pernah mengamalkan apa yang ada didalamnya.
  3. Kamu mengakui SYAITAN itu sebagai musuh tetapi kamu masih mentaati dan menyetujui ajakannya.
  4. Kamu mengatakan kamu termasuk umat MUHAMMAD SAWtetapi kamu tidak mengerjakan SUNNAHnya.
  5. Kamu mengatakan kamu ingin masuk SYURGA tetapi kamu tidak mengerjakan apa-apa untuk kesana.
  6. Kamu tidak ingin masuk ke NERAKA tetapi dengan amalan kamu, kamu melemparkan diri kedalamnya.
  7. Kamu mengatakan MATI itu benar, tetapi kamu tidak bersiap-siap untuk menghadapinya.
  8. Kamu sibuk meneliti AIB teman-temanmu tetapi kamu tidak melihat AIB dirimu sendiri.
  9. Kamu sekalian telah makan dan merasakan NIKMAT tuhan tetapi kamu tidak mahu berSYUKUR.
  10. Kamu telah mengebumikan JENAZAH diperkuburan tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Sebagai Renungan :
Saidina Uthman Bin Affam R.A berkata: “Hamba Allah SWT seharusnya khuatir pada beberapa perkara iaitu :
  1. Rasa takut ketika ditimpa musibah kerana dikhuatiri IMANnya menjadi luntur.
  2. Rasa takut dikala ingin berbuat sesuatu yang dilarang Allah,MAKSIAT kerana ada malaikat yang sentiasa mencatat perbuatannya.
  3. Rasa takut terpedaya dengan hasutan SYAITAN kerana ia boleh menjerumuskan seseorang hingga ke jurang api neraka.
  4. Rasa takut ketika dicabut nyawanya oleh malaikat Izrail kerana belum sempat bertaubat.
  5. Rasa takut akan tertipu oleh kemewahan dan kenikmatan di dunia.
  6. Rasa takut terganggu atau terhalang oleh KEKAYAANnya jika hal itu dapat melemahkan IBADAH seseorang kepada Allah SWT.


Sebab-sebab Kerasnya Hati :
  1. Hati terpaut pada DUNIA serta melupakan AKHIRAT.
  2. Diri menjadi LALAI.
  3. Memilih sahabat dan kelompok yang buruk AKHLAKNYA.
  4. Terbiasa dengan kemaksiatan dan kemungkaran.
Beberapa persoalan untuk menyerdarkan Hati :
  1. Sudahkah anda membaca Al-Quran hari ini?
  2. Sudahkan anda solat 5 waktu pada waktunya?
  3. Sudahkah anda membaca maksurat dan doanya?
  4. Adakah anda menyuruh pada yang Makruf?
  5. Sudahkah anda mencegah yang Mungkar?
  6. Adakah anda bangun solat malam (Qiamullail)?
  7. Adakah anda solat rawatib?
  8. Sudahkah anda bersedekah?
  9. Adakah anda faham, sedar dan yakin dengan Islam?
  10. Adakah anda membaca sesuatu berkenaan dengan Islam?
  11. Adakah anda merasa anda sentiasa dalam perhatian Allah?
  12. Adakah anda sudah betul-betul berazam untuk beristiqamah secara syumul dengan Islam?
  13. Adakah anda telah berdoa?
  14. Sudahkah anda menziarahi jiran, sahabat dan keluarga?
  15. Sudahkah anda menghafal beberapa surah Al-Quran?
  16. Sudahkan anda bersenam untuk hak tubuh anda?
  17. Sudahkan anda berusaha menyebarkan fikrah Islam?
  18. Adakah anda telah mengingatkan diri untuk berjihad?
  19. Adakah anda merasa Izzah ( Bangga ) menjadi seorang Islam dan pendakwah?
  20. sudahkah anda menjaga aurat dengan sempurna...?
  21. adakah anda menyebokkan hati anda dgn mencintai kekasih atau kepada Allah s.w.t ?
  22. adakah anda berasa riak dgn kecantikan yg Allah s.w.t berikan kpd anda?
  23. adakah anda rasa bahawa diri anda cukup sempurna...?
Ikhwah yang di kasihi…yang pastinya semua bentuk persoalan ini hanya akan mampu dijawab dengan AMALAN. Wallahualam…
“HASIBUU ANFUSAKUM QABLA AN TUHASIBUU”
“Hisablah diri kamu sebelum diri kamu dihisab”

Jumat, 16 Desember 2011

Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu


Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
Kuman enterobacter yang tidak merbahaya
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacterstreptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Wallahu’alam….

Senin, 12 Desember 2011

kewajipan didalam berumahtangga

Oleh Ustaz Yazid bin Abdul Qadir
Apabila gerbang perkahwinan sudah dilalui, maka suami dan isteri haruslah saling memahami kewajiban-kewajiban dan hak masing-masing, agar tercapai keseimbangan dan keserasian dalam membina rumah tangga yang harmoni.
Di antara kewajiban-kewajiban dan hak-hak tersebut adalah seperti yang tersurat dalam sabda Nabi Sallallaahu ‘alaihi wa sallam, dari Sahabat Mu’awiyah bin Haidah bin Mu’awiyah al-Qusyairi radhiyallaahu ‘anhu bahwasanya dia bertanya kepada Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa sallam, “Ya Rasulullah, apakah dia hak seorang isteri yang mesti dipenuhi oleh suaminya?” Maka Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa sallam menjawab:
1. Engkau memberinya makan apabila engkau makan,
2. Engkau memberinya pakaian apabila engkau berpakaian,
3. Janganlah engkau memukul wajahnya,
4. Janganlah engkau memburuk-burukkannya (menghinanya), dan
5. Janganlah engkau meninggalkannya melainkan di dalam rumah (iaitu jangan berpisah tempat tidur melainkan di dalam rumah).”
ENGKAU MEMBERINYA MAKAN APABILA ENGKAU MAKAN
Memberi makan merupakan istilah lain dari memberi nafkah. Memberi nafkah ini telah diwajibkan ketika sang suami akan melaksanakan ‘aqad nikah, yaitu dalam bentuk mahar, seperti yg tersurat dalam Al-Qur’an, surat al-Baqarah ayat 233.
Allah berfirman
“Ertinya: …Dan kewajiban si ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. Seseorang itu tidaklah dibebani lebih dari kemampuannya.” (Al-Baqarah: 233)
Bahkan ketika terjadi perceraian, suami masih berkewajiban memberikan nafkah kepada isterinya selama masih dalam masa ‘iddahnya dan nafkah untuk menguruskan anak-anaknya. Barangsiapa yang hidupnya sekadar cukup makan, dia tetap wajib memberikan nafkah menurut kemampuannya.
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:
“ertinya: …Dan orang yang terbatas rizkinya, hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan.” (At-Thalaq: 7)
Ayat yang mulia ini menunjukkan kewajiban seseorang untuk memberikan nafkah, meskipun ia dalam keadaan serba kekurangan, tentunya hal ini disesuaikan dengan kadar rezeki yang telah Allah berikan kepada dirinya.
Berdasarkan ayat ini pula, memberikan nafkah kepada isteri hukumnya adalah wajib. Sehingga dalam mencari nafkah, seseorang tidak boleh bermalas-malasan dan tidak boleh bergantung hidup kepada orang lain serta tidak boleh meminta-minta kepada orang lain agar memberikan nafkah kepada isteri dan anaknya. Sebagai ketua rumah tangga, seorang suami harus memiliki usaha dan bekerja dengan sungguh-sungguh sesuai dengan kemampuannya.
Perbuatan meminta-minta menurut Islam adalah perbuatan yg sangat hina dan tercela. Hatta burung sekalipun, yang diciptakan oleh Allah ‘Azza wa Jalla tidak sesempurna manusia yang dilengkapi dg kemampuan berpikir dan tenaga yang jauh lebih besar, tidak pernah meminta-minta untuk mencari makan dan memenuhi keperluannya. Ia terbang pada pagi hari dalam keadaan perutnya kosong, dan kembali ke sarangnya pada waktu petang dengan perut yang telah kenyang. Demikianlah yang dilakukannya setiap hari, meskipun hanya berbekalkan sayap dan paruhnya sahaja.
Dalam mencari rezeki, seseorang hendaknya berikhtiar (melakukan usaha) terlebih dahulu, kemudian bertawakkal (menggantungkan harapan) hanya kepada Allah, sebagaimana yang diperintahkan Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa sallam.
“mafhumnya: Seandainya kamu sekelian bertawakkal kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, maka sesungguhnya kamu akan diberikan rezeki oleh Allah, sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung. Di pagi hari, burung itu keluar dalam keadaan kosong perutnya, kemudian pulang di waktu petang dalam keadaan kenyang.”
Seorang suami juga harus memastikan (bahawa ia membawa pulang) rezeki-rezeki yang halal dan tayyibah, untuk diberikan kepada isteri dan anaknya. Bukan dengan cara-cara yang dicela dan dilarang oleh syari’at Islam yang mulia. Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla tidak akan menerima dari sesuatu sumber yang haram.
Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“mafhumnya: Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik (juga). Sesungguhnya Allah Ta’ala memerintahkan kepada kaum mukminin seperti yang Dia perintahkan kepada Rasul. Maka, Allah berfirman: ’Wahai PRasul, makanlah dari makanan yg baik-baik, dan kerjakanlah amal yang salih.” (Al-Mukminuun: 51)
Dan Allah Ta’ala berfirman.
“mafhumnya: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kalian.” (Al-Baqarah: 172)
Kemudian Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan tentang seseorang yang lama bermusafir; rambutnya kusut berdebu, dan menadahkan kedua tangannya ke langit seraya menyeru, ‘Yaa Rabb-ku, yaa Rabb-ku,’ padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan dipenuhi keperluan dengan yang haram, bagaimana do’anya akan dimakbulkan?”
Nafkah yang diberikan sang suami kepada isterinya, lebih besar nilainya di sisi Allah ‘Azza wa Jalla dibandingkan dengan harta yang diinfaqkan (meskipun) di jalan Allah ‘Azza wa Jalla, atau diinfaqkan kepada orang miskin, atau untuk memerdekakan seorang hamba sahaya.
Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“mafhumnya: (Antara) wang yang engkau infaqkan di jalan Allah, wang yang engkau infaqkan untuk memerdekakan seorang hamba (abdi), wang yang engkau infaqkan untuk orang miskin, dan wang yang engkau infaqkan untuk keluargamu, maka yang lebih besar ganjarannya adalah wang yang engkau infaqkan kepada keluargamu.”
Setiap yang dinafkahkan oleh seorang suami kepada isterinya akan diberikan ganjaran oleh Allah ‘Azza wa Jalla, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa sallam:
“Mafhumnya: …Dan sesungguhnya, tidaklah engkau menafkahkan sesuatu dengan niat untuk mencari wajah (yakni keredhaan) Allah, melainkan engkau diberi pahala dengannya, sehinggakan apa yang engkau suapkan ke mulut isterimu akan mendapat ganjaran.”
Seorang suami yang tidak memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka ia berdosa. Nabi Sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Mafhumnya: Cukuplah seseorang dikatakan berdosa jika ia menyia-nyiakan orang yang wajib ia beri makan (tanggungan yang wajib diberi nafkah).”

Sabtu, 03 Desember 2011

Sholawat Nabi Rukun Khutbah

Menurut ulama Syafi`iyyah, sholawat ke atas Junjungan Nabi SAW adalah salah satu dari rukun dalam kedua-dua khutbah shalat Jumaat. Namun ada terjadi di mana sesetengah khatib tidak begitu memberi perhatian kepada rukun ini, sehingga kekadang ianya ditinggalkan atau shighah yang digunakan tidak tepat bagi melepaskan tuntutan rukun tersebut. Ramai juga yang keliru sehingga beranggapan bahawa ucapan syahadatain sebagai rukun dan bukannya sholawat. Perlu diingat bahawa khutbah walaupun sepanas mana, walau berapi-api berisikan kupasan isu semasa, jika rukun-rukunnya tidak dilaksanakan akan menyebabkan ianya tidak sah, dan jika khutbah tidak sah, maka tidak sah pula sholat Jumaat tersebut. Sesungguhnya khutbah Jumaat itu tidaklah seperti ceramah-ceramah biasa, ianya adalah salah satu ibadah yang besar yang menjadi syarat bagi sah atau tidak sembahyang jumaat yang didirikan. Bahkan mimbar tempat tuan khatib menyampaikan khutbah turut dimuliakan bahkan dijadikan sebagai taghlidhz dalam sesuatu sumpah. Oleh itu, hendaklah diberikan perhatian sewajarnya berhubung segala rukun khutbah tersebut agar amal ibadah kita sah dan diterima Allah SWT.

Menurut fuqaha` kita, ucapan sholawat yang memadai untuk menunaikan rukun khutbah hendaklah:-
  1. Menggunakan ucapan sholawat, samada dalam bentukmashdarnya yakni " Ψ§Ω„Ψ΅Ω„Ψ§Ψ© " atau musytaqnya seperti " Ψ΅Ω„Ω‰ "atau " Ψ΅Ω„ " atau " Ψ§Ψ΅Ω„Ω‰ " atau " Ω†Ψ΅Ω„Ω‰ " dan sebagainya;
  2. Menggunakan nama atau gelaran Junjungan Nabi SAW yangshorih (jelas) dan bukan hanya dirujuk dengan  dhomir(gantinama) sahaja, walaupun sebelumnya disebut akan nama Junjungan SAW;
  3. Ianya hendaklah diucapkan dalam bahasa 'Arab.

Sering berlaku kekeliruan pada sebahagian khatib yang menyangka bahawa lafaz dua kalimah syahadah (asy-syahadatain) itu sebagai rukun, maka setelah mengucapkan dua kalimah syahadah tersebut lalu diiringi dengan ucapan sholawat ke atas Nabi dengan shighah dhomir, contohnya:- " .... wa asyhadu anna Muhammadan `abduhu wa rasuluh, shallaAllahu `alaihi wa sallam....", tanpa diulangkan lafaz sholawat dengan menyebut salah satu daripada nama-nama atau gelaran-gelaran baginda yang mulia seumpama Muhammad atau Ahmad atau Rasulullah atau ar-Rasul atau an-Nabiy atau al-Haasyir dan sebagainya. Maka jika ini dilakukan, cacatlah khutbah itu kerana telah tertinggal satu rukun. Oleh itu, berilah perhatian wahai para khatib agar mengucapkan sholawat dengan menyebut dengan terang dan nyata "....`alan Nabiy" atau "......`ala Sayyidina Muhammad" atau ".......`alar Rasul" dan seumpamanya.

Inilah yang dinaskan dalam kitab-kitab muktabar dalam mazhab kita. Antaranya oleh Khatimatul Muhaqqiqin, Mufti Haramain, Imam Syihabuddin Ahmad bin Muhammad bin `Ali bin Hajar al-Haitami as-Sa'di al-Anshari al-Makki @ Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahUllah dalam kitab "Tuhfah" juzuk 2 halaman 484, di mana beliau menulis:-

......(Dan lafaz keduanya) iaitu lafaz hamdallah dan sholawat ke atas Rasulillah SAW (adalah dengan lafaz yang tertentu) kerana menurut apa yang telah diamalkan orang semenjak masa Junjungan Nabi SAW sehinggalah ke hari ini. Maka tidaklah memadai tsana` (ucapan sanjungan selain tahmid) atau ucapan syukur; dan tidak juga memadai ucapan tahmidyang menggunakan nama selain daripada lafzul jalalah"ALLAH" seperti diucapkannya "al-hamdulir Rahman" atau "al-hamdulir Rahim". Dan tidak memadai ucapan yang tidak menggunakan ucapan sholawat ke atas Junjungan Nabi SAW seperti dikatakannya "rahimaAllahu Rasulillah" atau "barakAllahu `alaih", dan tidak memadai bersholawat kepada selain Junjungan Nabi SAW seperti dikatakan "shallAllahu `ala Jibril", DAN TIDAK MEMADAI SHOLAWAT YANG MERUJUK KEPADA JUNJUNGAN NABI SAW DENGAN ISM DHOMIRSEPERTI "SHALLALLAHU `ALAIH" WALAUPUN DIDAHULUI DENGAN MENYEBUT NAMA BAGINDA ....
Oleh itu, sayogia diberi perhatian oleh para khatib sekalian. Ingat sentiasa bahawa dua khutbah itu syarat bagi sahnya shalat Jumaat. Jangan kerana kita maka Jumaat tidak didirikan dengan sempurna rukun dan syarat.

Selasa, 22 November 2011

Ciri-ciri Orang Cemerlang

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap manusia mempunyai cita-cita untuk berjaya dan cemerlang dalam kehidupan. Berjaya atau gagal untuk mencapai hasrat tersebut bergantung sejauh mana usaha dan perancangan yang teliti dan berterusan yang telah dilaksanakan.

Kalian juga pasti memiliki hasrat untuk berjaya, samaada berjaya dalam pelajaran, kerjaya atau perniagaan. Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna, agama progresif dan dinamik yang amat menggalakkan agar umatnya berjaya di dalam kehidupan di dunia dan di Akhirat.

Sebelum kalian memburu kejayaan yang dicita-citakan perkara penting yang perlu diperhatikan adalah membina dahulu cemerlang dalam akhlak dan keperibadian dan perhubungan sesama manusia. Kalian perlulah berusaha dan memenuhi syarat ini terlebih dahulu, barulah ia akan jadi pelengkap kepada kejayaan kalian.

Apakah ciri-ciri kejayaan yang di pelupori oleh pejuang dan cendikiawan Islam yang telah berjaya memberi sumbangan yang besar ke atas kehidupan manusia? Bolehlah kita mengambil contoh kejayaan tokoh-tokoh Islam terdahulu dari sudut personaliti,keluarga, kerjaya, agama, ketamadunan, politik dan ekonomi.

Sahabat yang dimuliakan,
Kejayaan mereka menguasai ilmu dan mempraktikan ilmu yang dimiliki, telah terbukti dalam sejarah Islam, ianya telah mencipta sejarah kecemerlangan hingga di guna pakai sehingga ke hari ini. Tokoh-tokoh yang telah berjaya ini mempunyai sifat cemerlang yang tiada tolak bandingnya. Terdapat beberapa ciri penting sifat kecemerlangan mereka ialah :

1.Niat yang Betul.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “ Setiap amalan adalah dengan niat.”(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Sayyidina Umar al-Khattab)

Oleh itu kalian harus sentiasa memasang dan membetulkan niat sebelum memulakan apa jua pekerjaan, samaada yang berbentuk ibadah atau pun amal kebiasaan. Niat ini adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

2.Ada Wawasan dan Matlamat.
Kalian perlulah meletakkan wawasan dan matlamat dalam hidup. Matlamat bersih dan jalan untuk mencapai matlamat tersebut juga mesti bersih. Kalian tidak boleh menggunakan kaedah, ‘Matlamat boleh menghalalkan cara’. Kalian terikat dengan peraturan dan hukum Islam. Matlamat dunia kalian mestilah berkaitan dengan kehidupan di akhirat.

3.Berani dan Sanggup Berkorban.
Tokoh-tokoh Islam terdahulu sanggup untuk bersusah payah menuntut ilmu bermusafir beribu-ribu batu untuk berguru dengan guru-guru mursyid. Sultan Sallehudin al-Ayubi berjuang berkali-kali baru dapat mengalahkan tentera Salib dan menawan semula Palestin dan Sultan Muhammad al-Fateh pula berjaya menawan Kota Istanbul setelah mencuba beberapa kali. Khalid al-Walid mengharungi 100 peperangan dan membunuh lebih 5000 orang musuh dalam perang Yarmuk.

4.Sentiasa Menambah Ilmu.
Bagaimana tokoh terdahulu menguasai ilmu pengetahuan? Imam Bukhari dan Imam Muslim menguasai ratusan ribu hadis disertai dengan menghafal perawi-perawinya. Bagaimana Imam Ahmad bin Hambal memberi fatwa kepada 60,000 masaalah dengan disertai dalil.

5.Memberi Tumpuan (fokus).
Kalian hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang sedang dilakukan.Kuasa tumpuan (fokus) mampu menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Contohnya lihat sahaja Jabir bin Abdullah sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari sepotong hadis.

6.Daya Tahan yang Tinggi.
Untuk berjaya perlu bekerja dengan lebih keras dan komited. Jangan cepat menyerah kalah. Gunakan masa hingga ke tahap maksima dan hendaklah sentiasa istiqamah dan berterusan.

7.Memiliki Sifat-sifat Mahmudah.
Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, perkara yang paling penting kalian hendaklah mendidik dan memperbaiki diri kalian hingga ketahap memiliki sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat warak, sabar, amanah, jujur, ikhlas dan syukur pada masa yang sama membuangkan sifat-sifat mazmumah iaitu sifat suka marah, hasad dengki, ujub, riak, sombong dan takabur. Tanpa adanya sifat-sifat yang mulia ini tidak mungkin kalian akan mampu menjadi cemerlang, ini adalah kerana sifat-sifat yang keji atau mazmumah adalah sifat negatif yang akan mendorong kepada kegagalan dan kekecewaan.

Akhir kata jadikanlah diri kalian insan cemerlang di dunia ini dengan mendapat kejayaan dalam kerjaya dan perjuangan hidup dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Dan juga menjadi insan cemerlang di hari Akhirat dengan dikurniakan-Nya balasan Syurga dan di jauhi dari siksaan Neraka.

Minggu, 20 November 2011

AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Dia-lah yang mencipta Arasy, langit dan bumi, Dia-lah jua Pencipta tempat, wujud-Nya tanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.

1. Apa itu aqidah dan kaitannya dengan amalan kita ?
Aqidah membawa arti pegangan dan kepercayaan seseorang. Pegangan dan kepercayaan ini pula terbahagi kepada dua yaitu benar atau salah. Aqidah yang benar merupakan kunci kepada segala penerimaan ibadah. Tanpa aqidah yang benar Allah tidak akan menerima segala amalan salih. Sekiranya aqidah seseorang itu salah maka yang akan dicatat hanyalah amalan keburukan maka akan hanya dibalas dengan keburukan. Justru itu, perkara yang berkaitan dengan aqidah tidak harus dijadikan gurauan atau diremeh-remehkan. Hubungan aqidah dan amalan salih ini berdalilkan firman Allah yang bermaksud:
Dan barangsiapa melakukan amalan salih dari kalangan lelaki ataupun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit. (Al-Nisa’ ayat 124)
Ayat tersebut jelas menerangkan bahwa apa sahaja amalan salih yang dilakukan seorang lelaki maupun perempuan, imanlah syarat utama penerimaannya dari Allah. Begitu juga kenyataan dari hadith Nabi yang bermaksud:
Semulia-mulia amalan adalan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya (beraqidah dengan aqidah yang betul). (Sahih Al-Bukhari)
Ini menandakan bahawa aqidah merupakan sesuatu yang teramat penting dan perlu diutamakan dari masalah-masalah yang lain.
2. Apakah aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah ?
Pertamanya perlu diketahui bahawa kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Qur’an, al-Hadith serta ijma’ ulama. Aqidah Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta’ala sendiri di dalam al- Qur’an dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadith Baginda tanpa mereka menyandarkan sifat tasybih atau tajsim bagi Allah, mereka juga menafikan danmenolak bagi Allah itu bersifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ‘Arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhluk-Nya. Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam Surah Al-Syura ayat 11 yang bermaksud:
Tiada sesuatupun yang menyerupai-Nya.
Aqidah Ahli Sunnah juga mepercayai bahawa Wujud-Nya Allah tanpa diliputi tempat berdalilkan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:
Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatu pun selain Allah itu azali. (Sahih Al- Bukhari)
Hadith Nabi tersebut menunjukkan bahawa Allah sahaja yang wujudnya azali manakala tempat, ‘Arasy, langit, dan selainnya bukan azali.
Perkara tersebut wajib diimani berdasarkan juga Ijma’ para ulama yang telah pun dinukilkan oleh Imam ‘Abd al-Qahir bin Tahir al-Baghdadiyy dalam kitab al-Farq Bayna al-Firaq halaman 333 cetakan Dar al-Ma’rifah jelas menunjukkan kewujudan Allah bukanlah berada di atas „arasy, akan tetapi Allah wujud tanpa diliputi oleh tempat:
Dan telah disepakati dan di-ijma’-kan bahawa Allah tidak diliputi tempat.
3. Siapakah Ahli Sunnah Wal Jama’ah ?
Pada dasarnya, Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah mereka yang berpegang dengan aqidah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW secara fahaman yang betul dan tidak berpegang kepada zahir nas al-Mutasyabihat. Kelompok ulama yang membawa ilmu aqidah Al-Asya’irah merupakan ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah pada zaman kini separti Imam Nawawi, Imam Ibnu Hajar al-Asqolaniyy dan puluhan ribu lagi ulama Islam yang menyebarkan ilmu tauhid Al-Asya’irah. Begitu juga Al-Maturidiyyah merupakan Ahli Sunnah Wal Jama’ah zaman kini separti pengikut mazhab Imam Abu Hanifah. Rujuk Ithaf as-Saadah al-Muttaqin Bi Syrhi Ehya ‘Ulumiddin oleh Imam Az-Zabidy.
4. Apa itu ulama As-Salaf & Apa aqidah mereka ?
Ulama As-Salaf pada dasarnya merupakan ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan mereka adalah ulama yang pernah melalui kehidupannya pada era 300 Hijriyyah pertama. Kesemua ulama Salaf berpegang dengan aqidah bahawa:
Allah adalah Tuhan sekalian alam yang mencipta setiap sesuatu, wujud-Nya tanpa permulaan dan tanpa pengakhiran, Maha Suci Allah dari dilingkungi dan diliputi oleh tempat, bahkan wujud-Nya tanpa berada di sesuatu tempat, bukan di langit wujud-Nya bukan di bumi pula tempat-Nya. Allahlah Pencipta ‘Arasy, diciptakannya untuk menunjukkan kekuasaan-Nya, bukan pula ianya dijadikan tempat bagi zat Allah. Karena Dia Pencipta tempat maka Dia tidak memerlukan tempat.
5. Buktikan bahawa aqidah ulama As-Salaf adalah “Allah Wujud TanpaBertempat” ?
Di sini akan dibawa sebahagian saja kenyataan dari para ulama As-Salaf termasuk para sahabat Nabi sebagai bukti menunjukkan bahawa aqidah ulama Salaf antaranya adalah Allah wujud tanpa tempat:
A. Seorang sahabat Nabi yang terkenal dengan keilmuan beliau pernah dipuji oleh Rasulullah yaitu Imam Sayyidina ‘Ali karramallahu wajhah wafat pada 40 Hijriyyah pernah berkata yang bermakna:
Sesungguhnya Allah telah wujud tanpa tempat, maka Dia sekarang tetap sedia wujud tanpa tempat.
Kenyataan tersebut dinyatakan dalam kitab karangan Imam Abu Mansur al-Baghdadiyy dalam kitab beliau yang masyhur al-Farq Bayna al-Firaq pada halaman 256 cetakan Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah. Ini memberi arti bahawa di antara aqidah para sahabat serta ulama Salaf adalah „Allah wujud tanpa bertempat‟ iaitu tidak dilingkungi oleh sesuatu tempat mahupun semua tempat. Dalam halaman kitab yang sama juga dinukilkan kenyataan Imam ‘Ali yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah mencipta ‘Arasy adalah untuk menzahirkan kekuasaan-Nya dan bukanlah untuk dijadikan tempat bagi zat-Nya.
B. Imam al-Syafi’iyy rahimahullah yang wafat pada 204 Hijriyyah pernah berkata:
Dalil bahawa Allah wujud tanpa tempat adalah Allah Ta’ala telah wujud dan tempat pula belum wujud, kemudian Allah mencipta tempat dan Allah tetap pada sifat-Nya yang azali sebelum terciptanya tempat, maka tidak harus berlaku perubahan pada zat-Nya dan begitu juga tiada pertukaran pada sifat-Nya.
Kenyataan Imam al-Syafi’iyy tadi dinyatakan oleh Imam al-Hafiz Murtadha az-Zabidyy di dalam kitab beliau berjudul Ithaf al-Sadah al-Muttaqin juzuk kedua, mukasurat 36 Dar al-Kutub al ‘Ilmiyyah.
C. Imam yang terkenal dengan karangan kitab aqidah beliau berjudul ‘Aqidah al- Tahawiyyah bernama Imam al-Hafiz Ahmad bin Salamah Abu Ja’far al-Tahawiyy wafat pada 321 Hijriyyah (merupakan ulama Salaf) telah menyatakan dalam kitab beliau tersebut pada halaman 15, cetakan Dar al-Yaqin yang bermaksud:
Allah tidak berada (tidak diliputi) pada enam penjuru (atas, bawah, kanan, kiri, depan,
belakang) separti sekalian makhluk.
6. Apakah pegangan ulama As-Salaf pada ayat dan hadith Al-Mutasyabihat pula ?
Pegangan ulama Salaf pada ayat & hadith al-Mutasyabihat mengenai sifat Allah Ta’ala adalah didapati kebanyakan ulama As-Salaf memilih jalan tidak mentakwilkan secara tafsiliyy (terperinci) ayat tersebut akan tetapi ditakwil secara ijmaliyy (menafikan makna zahirnya) dan diserahkan makna sebenar kepada Yang Maha Mengetahui tanpa berpegang dengan zahirnya, tanpa menyandarkan sifat tasybih, tajsim dan bertempat bagi zat Allah. Akan tetapi wujud di kalangan ulama Salaf yang mentakwilkan secara tafsiliyy ayat Al- Mutasyabihat separti Imam al-Bukhari di dalam kitab beliau Sahih Al-Bukhari mentakwilkan firman Allah di dalam Surah Al-Qasas ayat 88:
Wajah-Nya berarti kerajaan-Nya.
7. Bagaimana pula ulama Al-Khalaf, siapakah mereka dan apa pegangan mereka ?
Ulama Khalaf juga adalah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan mereka dikategorikan sebagai ulama yang hidup selepas 300 Hijriyyah pertama. Aqidah ulama Khalaf juga tidak terkeluar dari landasan al-Qur’an dan al-Hadith serta ijma’ ulama. Aqidah ulama Khalaf tidak sama sekali berlawanan dengan aqidah ulama Salaf, bahkan akidah ulama Salaf itu adalah aqidah ulama Khalaf, begitu jua sebaliknya. Cuma pada segi penerangan mengenai perkara yang berkaitan dengan sifat Allah dan sandaran kepada Allah, ulama Khalaf telah memilih cara penerangan yang lebih terperinci bagi mengelakkan anggapan yang bersifat tasybih atau tajsim pada sifat Allah. Contohnya ramai di kalangan ulama Khalaf mentakwilkan secara tafsiliyy (terperinci) sifat-sifat Allah yang tertentu kepada makna yang selari dengan bahasa Arab dan layak bagi Allah serta mudah difahami oleh orang awam dan penuntut ilmu bertujuan menjauhkan anggapan yang tidak benar pada sifat Allah. Namun ada juga di kalangan ulama Khalaf yang tidak mentakwilkan secara terperinci.
8. Apakah bukti bahawa ulama Al-Khalaf beraqidah “Allah Wujud Tanp Bertempat” ?
Di sini akan disebut sebahagian sahaja kenyataan para ulama Khalaf bahawa Allah wujud tanpa memerlukan tempat :
a. Al-Hafiz Ibn Jawziyy al-Hanbaliyy rahimahullah wafat pada 597 Hijriyyah telah menyatakan di dalam kitab karangan beliau berjudul Daf’ Syubhah al-Tasybih mukasurat 189, cetakan Dar Imam al-Nawawiyy :
Sesungguhnya telah sahih di sisi ulama Islam bahawa Allah Ta’ala tidak diliputi oleh langit, bumi dan tidak berada di setiap tempat.
b. Imam Hujjah al-Islam Abu Hamid al-Ghazaliyy yang wafat pada 505 Hijriyyah menyatakan dalam kitab beliau yang masyhur berjudul Ihya ‘Ulum al-Din :
Dan Allah juga tidak diliputi oleh tempat dan Allah tidak diliputi arah enam dan Allah tidak pula dilingkungi oleh langit dan bumi.
Rujuk kitab Ithaf al-Sadah al-Muttaqin Fi Syarh Ihya ‘Ulum al-Din, juzuk 2, mukasurat 36, cetakan Dar al-Kutub ‘Ilmiyyah, Beirut. Maka ini bermakna antara aqidah ulama Khalaf adalah Allah wujud tanpa tempat.
9. Apa sebenarnya definisi Ta’wil ?
Ta’wil berarti menjauhkan makna dari segi zahirnya kepada makna yang lebih layak bagi Allah, ini karana zahir makna nas al-Mutasyabihat tersebut mempunyai unsur jelas persamaan Allah dengan makhluk. Ta’wilan pula ada dua,
PertamaTa’wilan Ijmaliyy iaitu ta’wilan yang dilakukan secara umum dengan menafikan makna zahir nas al-Mutasyabihat tanpa diperincikan maknanya sebagai contoh perkataan istawa dikatakan istawa yang layak bagi Allah dan waktu yang sama dinafikan zahir makna istawa karena zahirnya berarti duduk dan bertempat, Allah maha suci dari
bersifat duduk dan bertempat.
Manakala Kedua adalah: Ta’wilan Tafsiliyy iaitu ta’wilan yang menafikan makna zahir nas tersebut kemudian meletakkan makna yang layak bagi Allah separti istawa bagi Allah berarti Maha Berkuasa karena Allah sendiri sifatkan dirinya sebagai Maha Berkuasa.
10. Benarkah ulama As-Salaf tidak melakukan ta’wilan langsung ?
Demikian adalah tanggapan yang tidak langsung berunsurkan pengkajian yang sebenar karena dari pentakwilan Imam al-Bukhari pada surah Al-Qosos ayat 88 dan takwilan beliau dalam Sahih al-Bukhari juga pada ayat 56, Surah Hud jelas menunjukkan beliau sebagai ulama Salaf telah mentakwilkan ayat al-Mutasyabihat mengenai sifat Allah.
Imam Ibn Hajar al-’Asqalaniyy di dalam Fath al-Bariyy Syarh Sahih al-Bukhari Pada menyatakan hadith al-dhahik (ketawa) berkata:
Al-Bukhari telah mentakwilkan hadith al-dhahik (ketawa) dengan arti rahmat dan redha.
Begitu juga Imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan ulama Salaf telah mentakwilkan ayat 22, Surah al-Fajr separti yang diriwayatkan secara bersanad yang sahih oleh Imam Bayhaqi dalam kitab Manaqib Ahmad dari Imam Ahmad mengenai firman Allah:
Dan telah datang Tuhanmu
Ditakwilkan oleh Imam Ahmad dengan : Telah datang kekuasaan Tuhanmu.
Antara ulama As-Salaf yang mentakwilkan secara tafsiliyy iaitu terperinci pada ayat 5 dalam Surah Taha adalah Imam Salaf Abu ‘Abd al-Rahman ‘Abd Allah bin Yahya bin al- Mubarak wafat 237 Hijriyyah dalam kitab Gharib al-Qur’an Wa Tafsiruhu halaman 113, cetakan Mu’assasah al-Risalah, Beirut. Firman Allah:
Al-Rahman di atas ‘Arasy ber-istawa
istawa di sini artinya menguasai. Maka natijahnya bahawa kedua-dua jalan pilihan ulama Salaf dan Khalaf adalah benar
dan tidak menyimpang karena kedua-duanya mentakwilkan cuma bedanyakebanyakan Salaf mentakwil secara ijmali dan kebanyakan Khalaf pula mentakwil secara tafsili.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...