Pasti ramai di kalangan kita tidak mengenalinya.
dia b...ukan artis yang mengisi dada-dada akhbar hiburan,
bukan juga ahli parlimen yang kebanyakannya sekadar memberi janji-janji kosong.
Telah Islam di tangannya lebih daripada 11 juta penduduk Afrika dalam jangkamasa 29 tahun beliau menyebarkan dakwah Islam di Afrika.
Membina 5700 buah masjid.
Menjaga seramai 15000 anak yatim.
Menggali 9500 telaga di Afrika.
Mendirikan 860 buah sekolah,
4 universiti dan
204 buah Pusat Islam.
Beliau ialah Syeikh Dr. Abdurrohman as Semait (عبد الرحمن السميط).
Berasal dari Kuwait.
Mengambil bidang kedoktoran !
Pernah dipenjarakan sebanyak dua kali.
Dia bukan mengambil jurusan Syariah atau Usuluddin, tapi mengambil jurusan kedoktoran yang berjiwa "syariah" dan "usuluddin" !
Lalu kita di mana ?
SAHABAT MADRASAH
Selasa, 24 April 2012
Jumat, 13 April 2012
Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Rabu, 04 April 2012
Salaf Tidak Pernah Takwil?
Salaf Tidak Pernah Takwil?
PENGENALAN
Dewasa ini, seringkali kita mendengar perbalahan yang
tidak menguntungkan umat Islam dengan menjadikan
isu-isu khilaf sebagai subjek utama perbahasan sehinggakan
sampai kepada tahap membidaah dan mengkafirkan
sesama Islam. Sikap segelintir puak yang begitu
bersungguh-sungguh menabur bibit-bibit fitnah ini terus
dilontarkan kepada masyarakat Islam lantas terjadilah
permusuhan sesama Islam lantaras isu-isu khilaf yang
mustahil dapat dihapuskan sehingga Kiamat.

Antara isu yang hangat diperkatakan ialah isu ayat-ayat
sifat bagi Allah SWT. Saya melihat isu ini sentiasa
dihangatkan oleh mereka sehingga mengundang rasa
tidak tenteram kepada umat Islam. Di kesempatan ini,
saya ingin menjelaskan beberapa perkara yang boleh
dijadikan panduan ketika berhadapan dengan isu ini.
Saya sedaya upaya menggunakan bahasa dan
perbahasan yang mudah difahami oleh masyarakat
kebanyakkan. Semoga mendapat manfaat dari penjelasan ini.

ADAKAH ALLAH SWT MENYERUPAI MAKHLUK?
Adapun perbahasan mengenai pentakwilan ayat-ayat
al-Quran al-Karim dan hadis-hadis Nabi SAW pada sifat
Allah SWT seringkali dibahaskankan pada
kitab-kitab akidah yang memuatkan penjelasan terhadap
manhaj salaf dan khalaf. Perbahasannya agak panjang.

Sebagai permulaan kepada perbincangan ini, terlebih
dahulu saya ingin menetapkan kefahaman pembaca
bahawa Allah SWT sama sekali tidak sama dengan
sebarang perkara baharu, seperti mana ayat al-Quran
al-Karim berikut:

Firman Allah Taala bermaksud:
Tiada ada sesuatupun yang serupa denganNya
(Allah Taala) dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi
Maha Melihat.
(Surah al-Syuura: Ayat 11).

Ayat al-Quran di atas menunjukkan kepada kita
bahawa Allah SWT tidak serupa sama sekali dengan
apa-apa jua makhluk-makhluk yang lainnya. Ini
bertepatan dengan salah satu Sifat 20 iaitu Mukhalafatuhu
Taala Lil Hawadis.

APAKAH MAKSUD TAKWIL?
Secara ringkasnya, takwil bermaksud memindahkan
lafaz daripada makna zahirnya. Takwil boleh dibahagi
kepada dua:
- Takwil ijmali.
- Takwil tafsili.

Tawil ijmali digunakan oleh golongan Salaf iaitu
memindahkan lafaz daripada makna zahirnya
dan kemudian diserahkan maksud sebenar sesuatu
lafaz itu kepada Allah SWT. Cara ini juga
dikenali sebagai tafwidh (penyerahan).

Manakala takwil tafsili pula digunakan oleh
golongan Khalaf iaitu memindahkan lafaz dari makna
zahirnya dan kemudian menentukan maksud yang
dimahukan dari lafaz tadi. Namun takwilan tersebut
masih berlegar di ruang lingkup sesuai dengan Allah SWT.

Cara Khalaf dilihat lebih rapi dan lebih memberi
faham kerana di sana terdapat penambahan maklumat
dan penjelasan serta berkesan menolak syubahat
daripada firaq bidaah. Manakala cara Salaf pula adalah
lebih selamat kerana dia tidak menentukan apakah
maksud sebenar lafaz itu kerana takut terjatuh kepada
makna yang bukan yang dikehendaki oleh Allah SWT.

KENAPAKAH BERLAKU PERSELISIHAN?
Tujuan kedua-dua cara ini adalah sama iaitu untuk
membersihkan Allah Taala daripada sebarang penyerupaan
dengan makhluk. Perbezaan kedua-dua golongan ini
berlaku kerana berbeza pandangan dalam menentukan
tempat berhenti (waqaf) pada ayat 7 surah ali-Imran:

وَ مَا يَعلَمُ تَأوِيلَهُ إِلا اللهُ
Bermaksud: Dan tiadalah yang mengetahui takwilnya
melainkan Allah.
melainkan Allah.
Ataupun:
وَ مَا يَعلَمُ تَأوِيلَهُ إِلا اللهُ وَ الرَّاسِخُونَ فِي العِلمِ
Bermaksud: Dan tiadalah yang mengetahui takwilnya
melainkan Allah dan orang-orang yang mendalam ilmunya.

Golongan Salaf berpandangan waqaf seperti yang
pertama. Lalu mereka (Salaf) berpendapat yang
mengetahui tentang takwil hanyalah Allah SWT
sahaja dan makhluk tidak berpeluang menyelongkar
maknanya. Manakala golongan Khalaf berpandangan
waqaf adalah seperti yang kedua. Lalu mereka
(Khalaf) berpendapat yang mengetahui tentang
takwil adalah Allah SWT dan para alim ulama.

Sebagai contoh, di dalam firman Allah SWT pada
ayat 5 surah Toha:
ayat 5 surah Toha:
الرَّحمَانُ عَلَى العَرشِ استَوَى
Bermaksud: Ar-Rahman (Allah SWT) itu beristiwa
di atas arasy.
di atas arasy.
Salaf mengatakan istiwa tidak kita ketahui
maksudnya. Manakala Khalaf mengatakan istiwa
di situ dengan maksud istila (menguasai).

MANA SATUKAH GOLONGAN YANG BENAR?
Kedua-dua manhaj (Salaf dan Khalaf) adalah
bertepatan dan ianya boleh digunakan. Tiada
perbalahan sehingga membawa perpecahan
di antara kedua-duanya. Imam
Abu Hassan al-Asy’ari juga turut menggunakan
kedua-dua cara di atas dalam menerangkan
ayat-ayat al-Quran al-Karim dan hadis-hadis Nabi SAW
yang meletakkan sifat Allah SWT seperti contoh ayat
di atas (Surah Toha:
ayat 5) ini. Sila rujuk kitabnya seperti al-Ibanah
(menggunakan cara Salaf) dan al-Luma
(menggunakan cara Khalaf).

Oleh itu, tidak boleh dilontarkan tuduhan bidaah,
kafir dan sebagainya jika seseorang itu cenderung
menggunakan salah satu dari cara tersebut.
Ini kerana, kedua-dua cara itu adalah betul.
Jadi, sesiapa yang mudah melontarkan kata-
kata bidaah, kafir dll terhadap orang lain
yang tidak sealiran dengan kecenderungannya itu,
maka sebenarnya dia yang tidak memahami
perbahasan ilmu akidah Islam.

SALAF TIDAK MENTAKWILKAN LANGSUNG?
Sebilangan golongan Salaf turut mentakwil
ayat-ayat al-Quran al-Karim dan hadis-hadis
Nabi SAW yang difikirkan perlunya pentakwilan ini.
Dengan itu, tertolaklah
hujjah golongan Wahabi yang mengatakan golongan
Salaf tiada pentakwilan langsung. Sebagai contohnya:

1. Imam Malik dan Imam Ahmad mentakwilkan ayat berikut:
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan datanglah Tuhanmu.
(Surah al-Fajr: Ayat 22).
Dan datanglah Tuhanmu.
(Surah al-Fajr: Ayat 22).
Imam Ahmad mentakwikan ayat al-Quran al-Karim
di atas dengan makna: Dan datanglah pahala dari
Tuhan. (Sila rujuk al-Bidayat wa al-Nihayat karangan
Imam Ibnu Khathir).

Imam Malik pula mentakwilkan ayat al-Quran al-Karim
di atas dengan makna: RahmatNya yang turun.
(Sila rujuk al-Salafiyyah al-Muasarah karangan
Syeikh Abdullah bin Abd Rahman).

2. Imam Malik turut mentakwilkan sebuah hadis
(riwayat al-Bukhari) tentang turunnya Tuhan
pada waktu tengah malam dengan turunnya
perintahNya. (Sila rujuk Siyar Alam al-Nubala karangan
Imam al-Zahabi).

3. Imam Sufyan al-Thauri mentakwilkan ayat istiwa
(surah al-Baqarah: Ayat 29) dengan maksud
berkehendak menciptakan langit. (Sila rujuk Jamik al-Bayan
karangan Imam al-Tobari).

4. Imam al-Bukhari turut mentakwilkan sebuah hadis
(riwayat al-Bukhari dan Muslim) tentang Allah SWT
tertawa dengan maksud rahmat Allah SWT.
(Sila rujuk al-Asma wa al-Sifat karangan Imam al-Baihaqi).
Bahkan Imam al-Bukhari turut mentakwilkan ayat al-Quran
al-Karim (surah al-Qashash: Ayat 88) tentang wajah
Allah SWT dengan kerajaan Allah SWT. (Sila rujuk
Fath al-Bari karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani).

Demikianlah beberapa contoh yang menunjukkan bahawa
generasi Salaf juga mentakwilkan ayat-ayat al-Quran
al-Karim dan hadis-hadis Nabi SAW. Jika ini dijadikan
ukurannya, maka golongan Wahabi yang mengatakan
sesiapa yang melakukan takwilan adalah bidaah dan
kafir, sesungguhnya mereka sebenarnya telah menghukum
para ulama Salaf dengan satu tuduhan yang amat berat!

APAKAH KAITAN DENGAN GOLONGAN MUJASSIMAH?
Golongan Mujassimah atau Musyabbihah ialah golongan
berpendapat bahawa sifat Allah SWT itu menyerupai
sifat makhluk seperti mengatakan Allah SWT
bertangan, berkaki dan bermuka sebagaimana
sifat makhluk. Mereka memahami ayat-ayat sifat
Allah SWT dengan makna zahir semata-mata namun
tanpa sedar mereka turut menjisimkan Allah SWT.
Menurut Ibnu al-Bana dalam kitabnya al-Mukhtar fi
Usul al-Sunnah, golongan Musyabbihah atau
Mujassimah ini menjadikan segala sifat Allah SWT
seperti sifat-sifat makhluk meliputi zat, sifat dan
perbuatan Allah SWT.

Walaupun mereka mendakwa mereka berpegang
dengan manhaj Salaf, tetapi hakikatnya mereka
terpesong daripada manhaj itu. Mereka
berlebih-lebihan di dalam membicarakan ayat-ayat
sifat sehingga sampai ke tahap menyamakan Allah
SWT dengan makhluk. Golongan ini terpesong
dari akidah Islam yang mengatakan Allah SWT
tidak menyamai sebarang perkara baharu.

KESIMPULAN
Daripada penjelasan ringkas ini, dapatlah kita
fahami bahawa kedua-dua manhaj iaitu Salaf
dan Khalaf adalah bertepatan dengan Islam.
Jadi, sebagai umat Islam yang sayangkan agamanya,
kita perlu menjauhkan diri dengan segelintir golongan
(terutamanya Wahabi) yang begitu mudah membidaah
dan mengkafirkan orang lain yang tidak sealiran dengan
mereka.

Sekian.
buluh.iluvislam.com
Jumat, 23 Maret 2012
Asas tenaga nuklear disebut dalam al-Quran
maulanasufi
KERADIOAKTIFAN telah wujud secara semula jadi, tetapi perkara itu tidak diketahui sehinggalah akhir kurun ke-19, sedangkan di dalam al-Quran, sudah ada satu surah dikenali al-Hadid, yang memperkatakan mengenainya.
Istilah al-Hadid merujuk kepada logam besi. Di dalam keadaan semula jadi, besi wujud sebagai satu sebatian dengan logam dan galian lain, antaranya logam radioaktif seperti uranium, plutonium dan radium.
Apa yang menarik ialah firman Allah dalam ayat 25 Surah al-Hadid yang bermaksud: Pada besi itu, terdapat kekuatan yang amat kuat yang boleh memusnahkan manusia."
Kejadian letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki membuktikan kebenaran ayat ini sebagai bukti kekuasaan Allah yang menjadikan pada besi itu kekuatan yang terlalu besar. Setengah kilogram uranium dapat menghasilkan tenaga haba satu megawatt sehari. Bayangkanlah, jika sebuah negara itu mempunyai berjuta tan uranium yang disimpan untuk tujuan peperangan nuklear.
Hakikat keradioaktifan hanya diketahui pada akhir kurun ke-19 membabitkan dua perkara besar yang berlaku ketika itu, yang membenarkan penemuan radioaktif. Pertama, sinar-X yang ditemui pada 1985 oleh Wilhem Konrad Rontgen, yang didapati berupaya menghasilkan pendarflour pada kaca tiub sinar-X. Kedua, kajian oleh Henri Becquerel, yang mendapati bahawa, apabila kalium uranil sulfat diuja oleh sinaran ultra ungu, ia akan menghasilkan pendarflour.
Pengetahuan selanjutnya mengenai keradioaktifan diperluaskan oleh Pierre dan Marie Sklodowska Curie pada 1989. Marie Curie mendapati sinaran uranium yang dilaporkan oleh Becquerel juga boleh didapati daripada garam torium. Dalam kajiannya, suatu unsur baru yang menghasilkan keradioaktifan yang tinggi dijumpai daripada proses pemisahan menggunakan bijih uranium hingga mewujudkan satu sinaran yang sama sifat dengan sinar-X.
Kajian Earnest Rutherford mengenai daya penembusan sinar radioaktif, menunjukkan wujud tiga jenis sinaran, iaitu yang dapat diserap oleh kepingan alumunium nipis dinamakan alfa (a), yang dapat diserap oleh beberapa kepingan alumunium ialah beta (B), manakala yang tidak diserap dalam kedua-kedua bahan sebagai gamma (Y).
Sejak itu, pelbagai jenis kajian dilakukan oleh saintis untuk memahami sinaran radioaktif. Sifat sinaran seperti cas dan jisim diukur. Kini, sifat bahan dan sinaran radioaktif boleh diketahui dan difahami melalui beberapa kaedah dan teori tindak balas nukleus, tindak balas antara sinaran dan jisim, dan pereputan radioaktif hingga dapat menerangkan hampir segala fenomena yang ditemui.
Apabila stesen kuasa nuklear pertama dibuka pada 1950-an, teknologinya dianggap sebagai salah satu pencapaian besar dalam sains moden. Hari ini, banyak orang berpendapat, usaha membuat kuasa nuklear adalah kesilapan yang akan menimbulkan masalah besar bagi planet dan manusia. Namun, dengan pengendalian berhati-hati, ia boleh memberi manfaat.
Sebenarnya, masih ada harapan kuasa nuklear digunakan secara selamat dan terkawal. Kuasa ini banyak kegunaannya dalam bidang perubatan. Kemajuan berterusan bermakna kita boleh mengesan dan merawat penyakit serius termasuk barah.
Banyak perkara menakutkan mengenai tenaga nuklear. Sesetengah orang menyebutnya sebagai 'tenaga yang bukan semulajadi', sungguhpun cahaya dan haba yang diterima setiap hari daripada matahari, adalah hasil tindak balas termonuklear.
Kita harus benar-benar memahami sifat tenaga nuklear dan teknologi moden yang digunakan untuk memanfaatkannya. Kita harus belajar daripada kesilapan lalu dan jangan membiarkan rasa takut menghalang kemajuan. Satu perkara yang pasti ialah, kita sekarang hidup dalam apa yang dikatakan sebagai 'zaman nuklear'.
Jantung sebuah stesen kuasa nuklear terletak pada reaktornya. Berlaku satu tindak balas pembelahan nuklear terkawal yang menghasilkan banyak haba. Haba ini dibawa jauh oleh satu bahan pendingin yang beredar melalui teras reaktor dan digunakan untuk menjana stim dan kemudian memacu turbin untuk menjana tenaga elektrik.
Kuasa nuklear menghasilkan 15 peratus kuasa elektrik yang dijanakan di dunia. Pada sesetengah negara, reaktor penyelidik hanya menyediakan sedikit sumbangan pada bekalan elektrik. Pada negara lain pula, kuasa nuklear adalah sumber tenaga elektrik yang utama. Pada stesen kuasa elektrik, satu tan uranium yang digunakan sebagai bahan api untuk reaktor nuklear, menghasilkan sama banyak tenaga dengan 20,000 tan arang batu yang dibakar.
Selepas keghairahan awal tentang tenaga nuklear berkurangan, kita sedar bahawa kuasa ini memerlukan kawalan yang berhati-hati dan mahal bagi memastikan keselamatan awam di samping beberapa masalah jangka panjang. Sumber lain, terutamanya pembakaran bahan fosil, mempunyai masalah tersendiri. Lagipun, bahan api fosil tidak kekal dan mungkin akan kehabisan menjelang pertengahan abad akan datang. Jika kita mahu terus menggunakan tenaga, maka kita terpaksa bergantung kepada sumber alternatif.
Kuasa nuklear adalah salah satu alternatif yang mempunyai potensi untuk digunakan. Namun, kita harus mengambil langkah selamat untuk memastikan tidak berlaku kesan sampingan tidak diingini. Kegunaan sinaran dalam bidang lain agak kurang menimbulkan perbalahan, terutama dalam bidang perubatan. Tiada sesiapapun yang boleh mengenepikan kemajuan diagnosis dan rawatan yang dicapai oleh perubatan nuklear.

Sabtu, 10 Maret 2012
Cara Mandi Mayat
maulanasufi
Cara Mandi
Sebelum Mandi
- Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala kekotoran atau getah, cat, plaster dan sebagainya yang terlekat pada badan atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut terlebih dahulu - kalau ada benda-benda kotor yang boleh keluar, supaya tidak lagi keluar sesudah ia dimandi dan dikafankan.Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi) dalam keadaan condong sedikit ke belakang, dan menahan belakangnya dengan lutut kanan sambil memegang belikatnya dengan tangan kanan (dengan meletak ibu jari di tengah-tengah tengkuknya supaya kepalanya tegak), dan urut perutnya perlahan-lahan dengan tangan kiri.Siram air banyak-banyak untuk membersihkan benda-benda yang keluar.Setelah dikosongkan perut dan dbersihkan benda yang keluar, hendaklah ditelentangkan semula mayat itu di atas papan mandi dan dicebokkan oleh orang yang memandikannya dengan membersihkan kemaluan dan celah-celahnya (menggunakan sarung tangan).
- Dengan sarung tangan bersih, tukang mandi hendaklah membersihkan gigi mayat, lubang hidunganya, lubang telinga dan celah-celah kukunya. Kemudian diwudhu'kan dengan sempurna (meliputi yang fardhu dan sunat). Setelah itu baru dimandikan - dari bahagian kepala hingga ke hujung kaki - meliputi seluruh tubuhnya.
Cara Mandi
- Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali.
- Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi bahu, ketiak, tangan kanan, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali.
- Basuh sebelah kiri (lambung kiri) meliputi bahu, ketiak, tangan kiri, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kiri hingga ke hujung kaki kiri 3 kali.
- Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan basuh lambung kanannya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kanan dan terus ke hujung kaki kanannya 3 kali.
- Kemudian diiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh lambung kirinya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kiri dan terus ke hujung kaki kirinya 3 kali.
- Cara mandi ini pertama dibuat dengan menggunakan air sabun.Kemudian dimandikan dengan air bersih, dilakukan seperti cara mandi dengan sabun, tujuannya untuk membersihkan segala air sabun tadi.Setelah bersih, diwudhu'kan dengan niat," Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah"Lafaz niat bagi lelaki:"Nawaitul wudhu 'an hazal maiti lillahi ta'ala"Lafaz niat bagi perempuan:"Nawaitul wudhu' 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"Kemudian mandi dengan air bercampur kapur barus. Caranya air bersih dicampur sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidak mengubah hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat diniatkan:" Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala"Lafaz niat bagi lelaki:"Nawaitul ghusl 'an hazal maiti lillahi ta'ala"Lafaz niat bagi perempuan:"Nawaitul ghusl 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun dan air bersih yang lalu. Kemudian ulang 2 kali dengan menambah kapur barus lebih tua sedikit supaya baunya lebih keras.Semasa menjirus, sunat membaca:"Ghufranak rabbana rahman wailakal masir"Jadi hasilnya jumlah mandi mayat kesemuanya lima kali iaitu :. Satu kali mandi dengan air sabun.. Satu kali mandi dengan air bersih.. Tiga kali mandi dengan air kapur barus.Perlu diingat perbuatan membasuh mayat dengan air bercampur sabun (atau serbuk daun bidara) kemudian membilasnya, tidak dikira. Itu hanya seperti membersihkan badannya.Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu memandikan mayat dengan air yang dicampurkan sedikit kapur barus.
Kamis, 08 Maret 2012
CERITA KAABAH YANG RAMAI ORANG TAK TAHU....

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Selasa, 28 Februari 2012
Hukum 'Chatting', Facebook Chat Dengan Bukan Mahram
Saya ingin bertanya tentang hukum saya berkomunikasi dengan bukan mahram saya melalui internet samada 'chatting' atau perbualan-perbualan melalui facebook, email dan sebagainya. Saya seorang wanita muslimah yang masih menuntut di IPT. Bentuk perbualan saya selalunya bukan perkara penting; cuma sembang-sembang dan menyampuk-nyampuk maklumat yang ada dalam facebook mereka.
Begitu juga kawan-kawan lelaki saya akan membalas perbualan tersebut. Begitulah hari demi hari kami saling berhubungan tanpa sekatan di alam siber sedangkan di alam nyata kami menjaga batas-batas hubungan lelaki dan wanita bukan mahram ini.
- Gadis Muslimah
Terima kasih atas pertanyaan itu.
Gadis Muslimah dan semua wanita muslimah yang membaca soaljawab ini,
Sebagaimana yang kita maklumi bahawa, komunikasi dengan tulisan melalui jaringan internet atau yang lebih dikenal dengan 'chatting' baru muncul dan popular beberapa tahun terakhir. Yaitu, tepatnya setelah ditemui jaringan internet. Karena itu dalam kitab-kitab ulama terdahulu khususnya buku fiqh, istilah ini tidak akan ditemui. Namun asas bagi hukum 'chatting' ini sebenarnya sudah dibahas oleh ulama, jauh sebelum jaringan internet ditemukan.
'Chatting' dengan lawan jenis yang bukan mahram sama halnya dengan berbicara melalui telepon, SMS, dan berkiriman surat. Semuanya ada persamaan. Iaitu sama-sama berbicara antara lawan jenis yang bukan mahram. Persamaan ini juga mengandung adanya persamaan hukum. Karena itu, ada dua perkara berkaitan yang perlu kita bahas sebelum kita lebih jauh membicarakan hukum 'chatting' itu sendiri.
Pertama, adalah hukum bicara dengan lawan jenis yang bukan mahram.
Kedua, adalah hukum khalwat.
Berbicara antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram pada dasarnya tidak dilarang apabila pembicaraan itu memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan oleh syara'. Seperti pembicaraan yang mengandungi kebaikan, menjaga adab-adab kesopanan, tidak menyebabkan fitnah dan tidak khalwat. Begitu jika hal yang penting atau berhajat umpamanya hal jual beli, kebakaran, sakit dan seumpamanya maka tidaklah haram.
Dalam sejarah kita lihat bahwa isteri-isteri Rasulullah SAW berbicara dengan para sahabat, ketika menjawab pertanyaan yang mereka ajukan tentang hukum agama. Bahkan ada antara isteri Nabi SAW yang menjadi guru para sahabat selepas wafatnya baginda iaitu Saidatina Aisyah RA.
Dalam hal ini, Allah SWT berfirman yang artinya:
"Karena itu janganlah kamu (isteri-isteri Rasul) tunduk(yakni melembutkan suara) dalam berbicara sehingga orang yang dalam hatinya ada penyakit memiliki keinginan buruk. Tetapi ucapkanlah perkataan yang baik". (QS. al-Ahzab: 32)
Imam Qurtubi menafsirkan kata 'Takhdha'na' (tunduk) dalam ayat di atas dengan arti lainul qaul (melembutkan suara) yang memberikan rasa ikatan dalam hati. Yaitu menarik hati orang yg mendengarnya atau membacanya adalah dilarang dalam agama kita.
Artinya pembicaraan yang dilarang adalah pembicaraan yang menyebabkan fitnah dengan melembutkan suara. Termasuk di sini adalah kata-kata yang diungkapkan dalam bentuk tulisan. Karena dengan tulisan seseorang juga bisa mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan seseorang merasakan hubungan istimewa, kemudian menimbulkan keinginan yang tidak baik.
Termasuk juga dalam melembutkan suara adalah kata-kata atau isyarat yang mengandung kebaikan, namun ia boleh menyebabkan fitnah. Iaitu dengan cara dan bentuk yang menyebabkan timbulnya perasaan khusus atau keinginan yang tidak baik pada diri lawan bicara yang bukan mahram. Baik dengan suara ataupun melalui tulisan.
Jika ada unsur-unsur demikian ia adalah dilarang meskipun pembicara itu mempunyai niat yang baik atau niatnya biasa-biasa saja.
Adapun khalwat, hukumnya dilarang dalam agama Islam. Sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW yang artinya:
"Janganlah ada di antara kalian yang berkhalwat dengan seorang wanita kecuali dengan mahramnya." (HR. Bukhari dan Muslim)
Khalwat adalah perbuatan menyepi yang dilakukan oleh laki-laki dengan perempuan yang bukan mahram dan tidak diketahui oleh orang lain. Perbuatan ini dilarang karena ia dapat menyebabkan atau memberikan peluang kepada pelakunya untuk terjatuh dalam perbuatan yang dilarang.
Kerana ada sabda Nabi SAW bermaksud:
"Tiadalah seorang lelaki dan perempuan itu jika mereka berdua-duaan melainkan syaitanlah yg ketiganya." (Hadis Sahih)
Khalwat bukan saja dengan duduk berduaan. Tetapi berbual-bual melalui telepon di luar keperluan syar'i juga dikira berkhalwat. Karena mereka sepi dari kehadiran orang lain, meskipun fisikal mereka tidak berada dalam satu tempat. Namun melalui telepon mereka lebih bebas membicarakan apa saja selama berjam-jam tanpa merasa dikawal oleh sesiapa
Dan haram juga ialah perkara-perkara syahwat yang membangkitkan hawa nafsu contohnya yang berlaku pada kebanyakkan muda-mudi atau remaja-remaja sekarang dimana sms atau email atau Facebook atau seumpamanya menjadi alat untuk memadu kasih yang memuaskan nafsu di antara pasangan dan masing-masing melunaskan keinginan dan keseronokkan semata-mata. Membincangkan perkara-perkara lucah lebih-lebih lagi hukumnya adalah haram.
Kesimpulan :
Hukum chatting sama dengan menelepon sebagai mana yang sudah kita terangkan di atas. Artinya chatting di luar keperluan yang syar'i termasuk khalwat. Begitu juga dengan sms. Walaupun dengan niat berdakwah. Karena berdakwah kepada jenis lawan bukanlah suruhan agama kerana Allah telah menetapkan untuk berdakwah kepada lelaki adalah lelaki juga, begitu juga sebaliknya.
Namun bila ada tuntutan syar'i yang darurat, maka itu diperbolehkan sesuai keperluan. Tentunya dengan syarat-syarat yang sudah kita jelaskan di atas. Di sinilah menuntut kejujuran kita kpd Allah dalam mengukur sejauhmana urusan kita itu satu keperluan atau mengikut nafsu semata-mata. Dan kejujuran itu pula bergantung sejauhmana iman kita kepada Allah. Jika muraqabatillah kita kuat (yakni merasa diri sentiasa dalam pandangan Allah), maka itu yang akan menjadi pengawal kita. Jika tidak maka kita akan hanyut bersama orang-orang yang terpedaya dengan teknologi moden ini. Na'uzubillah.
Agak menyedihkan juga dengan kenyataan saudari, bahawa dalam suasana nyata saudari amat menjaga batas pergaulan dengan lelaki bukan mahram, namun di alam siber saudari bebas berbual mesra tanpa batasan syara'. Saya percaya ramai remaja muslimah yang terjebak ke dalam situasi yang syubhah ini.
Internet sangat baik untuk kita, dimana ia memudahkan banyak urusan kita tapi jika kita menyalahgunakannya akan membawa akibat buruk kepada akhlak dan masyarakat kita.
Semoga jawapan ini dapat memandu para muslim dan muslimah remaja atau dewasa dalam melayari kehidupan yang penuh ujian keimanan ini.
Alangkah bahagianya jika para remaja muslim dan muslimah yang terdiri daripada para intelek hari ini berpegang teguh kepada tali agama iaitu taat kepada perintah dan larangan Allah dalam setiap urusan hidupnya. Semoga dengan itu Allah akan menurunkan rahmah-Nya kepada kita semua.
Dan semoga Allah menjauhkan kita dari segala fitnah dunia yang sangat manis pada pandangan mata.
Demikian yang dapat saya sampaikan. Semoga mendapat manfaat.
Wallahu a'lam.
Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad, IKRAM Johor

Langganan:
Postingan (Atom)